'Kita The Musical' Berakhir Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persembahan teater Kita The Musical (gambar), yang memaparkan penghayatan maksud sebenar gagasan 1Malaysia, akan berakhir pada Ahad ini setelah berlangsung di Istana Budaya di sini sejak 17 Jun lepas.

"Masih ada beberapa malam lagi untuk menyaksikan muzikal khas ini," kata Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

Kita The Musical adalah hasil persembahan Xiyue Art & Culture, sebuah pertubuhan yang tidak mencari keuntungan, bersama dengan Musical on Stage Productions.

Teater muzikal itu, yang dianjurkan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional melibatkan pelakon pelbagai kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang mengilhamkan teater itu berkata, orang ramai perlu menyokong persembahan seperti Kita The Musical.

Kita The Musical tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan muzikal tempatan yang mempunyai paling ramai pelakon pelbagai kaum iaitu seramai 50 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan