Astro & Endemol Jalin Kerjasama

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) dan Endemol Asia Ltd hari ini mengumumkan usaha sama untuk mencipta dan menawarkan pengisian kandungan tempatan yang terbaik untuk penonton televisyen di negara ini.

Pengarah Eksekutif AESB, Zainir Aminullah berkata, usaha yang dijalinkan oleh dua syarikat itu akan membolehkan Astro mengakses portfolio global Endamol dan memebri peluang kepada mereka untuk bekerjasama dengan syarikat penyiar tempatan.

Ia juga akan membangunkan pengisian kandungan siaran televisyen tempatan dengan menekankan nilai-nilai murni dan budaya warisan yang boleh dibawa ke pasaran global. Ia termasuk program-program seperti drama, hiburan, program bercorak realiti dan permainan.

“Ini merupakan perkembangan yang menarik untuk AESB dan Endemol yang mana ia mencerminkan satu lagi usaha sama yang ‘terbaik di dalam kelasnya’ untuk perniagaan dalam bidang penyiaran televisyen yang berani dan inovatif.

“Sebagai pembekal pengisian kandungan tempatan yang terbesar di Asia, AESB akan terus berusaha untuk mengembangkan pernyataan program yang dibekalkan dan sebagai pencipta pengisian kandungan yang utama di dunia, Endemol adalah rakan kongsi yang ideal bagi kami.

“Kami tidak sabar untuk menerbitkan program-program menarik berdasarkan format yang hit oleh Endemol untuk pasaran Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Di Malaysia, Endamol telah pun menerbitkan program drama tempatan bercorak komedi berjudul Impak Minima dan Jodoh untuk siaran Astro dan juga sedang di peringkat pra-produksi untuk program lain yang turut melibatkan stesen televisyen TV3.

Perjanjian terbaru Endemol tidak terhad kepada Astro sebaliknya merentasi seluruh Asia termasuk program baru rancangan Deal or No Deal, 1 vs. 100 dan Big Brother yang akan disiarkan di Korea, China, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Endemol, Bahagian Operasi Asia, Arjen Van Mierlo berkata, Malaysia mempunyai pasaran televisyen yang berkembang pantas dan menerusi kerjasama dengan pihak Astro akan meletakkan Endemol di dalam kedudukan yang kukuh.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan