Stonebay & Bizharo Wakili Malaysia Pertandingan Akhir redAMP 2010

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh AU YEONG HOW (Yang menyaksikan pertandingan Finals of redAMP 2010 di Bali, Indonesia tajaan AirAsia)

BALI: Dua kumpulan indie baru dari Malaysia, Stonebay dan Bizharo terpilih mewakili negara ke peringkat akhir redAMP 2010, pertandingan mencari band indie terbaik di kalangan negara Asean, pada hujung bulan depan.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Juri, Roslan Aziz menerusi tele persidangan dari Malaysia pada sidang akhbar di Aston Kuta Hotel & Residences di sini, semalam.

Roslan terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana ibunya sakit dan sempat mengadili persembahan tersebut.

Lapan kumpulan muzik indie lain yang layak ke peringkat akhir terdiri daripada SandRa, Golden Dragon dan Muztava dari Indonesia; Pancake 80 (Filipina); Winfield dan Black Infinity (Vietnam); Karacoma (Brunei) dan Sixty-Nine (Thailand).

Roslan mengakui menghadapi kesukaran untuk mengadili setiap penyertaan yang diterima sekali gus untuk mengenal pasti 10 pasukan terbaik.

“Band yang bertanding sangat komited dan bersedia untuk bersaing di peringkat akhir nanti,” katanya ketika mengulas prestasi serta mutu hasil penyertaan itu.

Menjawab pertanyaan wartawan, Roslan memberitahu, antara kualiti yang dicari pada band sebelum dipilih ke peringkat akhir ialah kecekapan mereka dalam mengendalikan alat muzik. “Turut dikaji ialah sikap dan apa yang berada pada minda mereka itu sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, menurut Ketua AirAsiaRedTix.com/redAMP, Rafizah Amran, pihaknya telah menerima 2, 575 penyertaan dari 23 Mei hingga 13 Jun lalu.

Daripada jumlah tersebut, katanya, 10 band terbaik dipilih ke peringkat akhir nanti. Secara keseluruhan, Indonesia mempunyai penyertaan terbanyak iaitu 43 peratus, diikuti Malaysia (25 peratus) dan Filipina (21 peratus).

Stonebay dianggotai oleh vokalis dan gitar, Ojie - (Awangku Huzriuden Pg Mahmuddin); gitaris - Ashroff (Mohd Ashroff Mohd Shariff); bassist - Roni (Ahmad Shahroni Hasbi) dan pemain dram - Afiq (Afiq Hakim).

Sementara itu, Bizharo diwakili vokalis - Nash (Mohamed Nasser Muhandes); gitaris - Sonny (Abdullah Sani Hiumi) serta Ayed (Mohamad Faridzuan Hashim); pemain dram -Senndart (Wan Mohd Rokhairul Wan Abd Wahab) dan pemain bassist - Safuan Ahmad Nozrin)

RedAMP 2010 ialah pertandingan mencari band indie yang terbaik di peringkat Asean. Ia dianjurkan oleh AirAsiaRedTix.com dan terbuka kepada mereka yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman di kalangan negara Asean .

Mulai hari ini, peminat band indie tersebut boleh mengundi band pilihan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook atau layari AirAsiaRedTix.com. Undian akan ditutup pada 7 Julai ini.

Maklumat lanjut boleh layari www.AirAsiaRedTix.com/redAMP .

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan