Siti Nurhaliza Kongsi Pentas Dengan Akim, Shahir

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Buat pertama kali, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan dua penyanyi baru, Shahir dan Akim dalam rakaman program raya. - Foto oleh RICKY LAI
Buat pertama kali, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan dua penyanyi baru, Shahir dan Akim dalam rakaman program raya. - Foto oleh RICKY LAI

SETIAP kali tibanya musim raya, wajah penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza pasti tidak lekang menghiasi kaca televisyen menerusi pelbagai program muzikal.

Begitu juga untuk Aidilfitri tahun ini. Walaupun Hari Raya hanya akan bertandang sekitar September depan, jadual penyanyi kesayangan ramai ini telah pun padat terisi dengan pelbagai undangan persembahan untuk program muzikal di serata stesen tv.

Terbaru, Siti terlibat pula dengan rakaman program raya berjudul Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza (LDDSN). Istimewanya pengisian dan persembahan program yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria ini apabila Siti bergandingan dengan dua muka baru iaitu Shahir AF8 dan Akim AF7 dalam menyampaikan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu raya popular.

Menurut Siti yang ditemui sejurus rakaman program itu baru-baru ini berkata, dia menerima tawaran daripada pihak penerbitan kerana pengisian dan konsep program muzikal itu sendiri.

Katanya, memandangkan dalam persembahan kali ini dia digandingkan dengan dua pendatang baru iaitu Shahir dan Akim, justeru konsep itu menarik minatnya kerana ia berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah dirakamkan sebelum ini.

"Saya tertarik dan teruja dengan program ini kerana konsepnya yang segar dan berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah saya terlibat sebelum ini. Idea untuk menggabungkan yang lama dan baru itu menarik minat saya.

"Jika hanya persembahan muzikal yang biasa-biasa sahaja saya sudah biasa buat sebelum ini tapi kali ini ia istimewa kerana saya berkongsi pentas dengan dua pendatang baru iaitu Shahir dan Akim," katanya.

Tambah Siti, memandangkan dia memang banyak terlibat dengan beberapa stesen televisyen yang lain untuk pelbagai program Hari Raya, semestinya komitmen Siti untuk LDDSN disuntik dengan sedikit kelainan.

Untuk rakaman program ini, Siti tampil dengan variasi lagu-lagu popularnya termasuklah Debaran Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Hanya Dia yang dipersembahkan dengan susunan muzik yang segar dan baru.

"Persembahan untuk program ini memang disusun sedikit berbeza sebab saya ingin memberi kelainan daripada mana-mana program raya yang saya rakamkan. Justeru, saya terlibat dalam pemilihan lagu-lagu selain susunan muzik baru dan segar oleh pengarah muzik Aubrey Suwito," katanya lagi.

Selain lagu-lagu biasa, Siti juga tampil dengan lagu raya Airmata Syawal dan persembahan medley bersama Shahir dan Akim seperti Malam Bulan di Pagar Bintang (nyanyian P. Ramlee), lagu popular kumpula Ilusi Puisi Cinta dan lagu raya Azlina Aziz, Indahnya Beraya Di Desa.

Shahir dan Akim turut tampil dengan lagu-lagu popular masing-masing termasuklah Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Inikah Cinta dan banyak lagi bagi memeriahkan lagi pengisian program itu.

Sementara itu, penerbit LDDSN, Lydia Emalia Ishak berkata, demi untuk memberikan kelainan pada program ini, pihaknya memutuskan untuk menyuntik gabungan lama dan baru itu demi untuk memberi variasi pada program-program raya yang sedia ada.

"Kami ingin menghidangkan pengisian yang segar dan berbeza pada para penonton. Memandangkan Siti turut akan muncul dalam beberapa program muzikal raya di stesen tv yang lain.

"Kami suntik pengisian program yang segar dengan menggabunkan Siti dengan Shahir dan Akim, selain susunan muzik yang belum pernah dipersembahkan oleh Siti dalam mana-mana program tv sebelum ini," katanya yang pertama kali menerbitkan program muzikal.

Ditanya mengenai cabarannya dalam menerbitkan program itu, Lydia mengakui, proses penerbitan program muzikal bukanlah semudah yang disangka.

Walaupun telah berpengalaman menghasilkan pelbagai program berbentuk game show dan bual bicara termasuklah Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak sebelum ini, cabaran dalam mengikat jadual artis-artis dan penyusunan lagu-lagu yang terlibat memerlukan banyak proses dan kecekapan.

"Menerbitkan program ini nampak macam senang pada awalnya tapi setelah melalui pelbagai proses termasuklah mengikat jadual artis yang terlibat dan persiapan dalam memastikan kelancaran proses rakaman, saya akui ia bukan semudah yang disangka tetapi saya banyak belajar perkara baru daripada tugas ini.

"Walaupun rakaman bermula sedikit lewat daripada jadual asal disebabkan masalah teknikal, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar," jelasnya yang berpuas hati dan gembira dengan kejayaan penerbitan program itu.

Program LDDSN yang berdurasi selama satu setengah jam itu dijangka bersiaran pada Hari Raya pertama ini di Astro Ria (Saluran 104).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan