Isu Tuntutan Tunggakan Nafkah Anak Zainal Abidin Selesai Luar Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zainal Abidin 'Headwind' dan bekas isterinya telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 di luar mahkamah.

Peguam syarie Abdul Halim Bahari yang mewakili penyanyi lagu Hijau itu berkata, anak guamnya telah membuat bayaran kepada bekas isterinya, Natasya Gabriel Abdullah minggu lepas.

“Pembayaran dibuat sebanyak dua kali menggunakan cek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Natasya Gabriel dan Zainal Abidin, kedua-duanya berusia 51 tahun berkahwin pada 24 Mac 1987 dan disahkan bercerai pada 12 Disember 2000.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Timur, 18, dan Mikhail, 16 tahun.

Natasya Gabriel menerusi peguam syarie Norhusniah Husin memfailkan tuntutan tersebut dengan mendakwa Zainal gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan setakat bulan lepas.

Jumlah itu melibatkan tunggakan sebanyak RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100.

Berdasarkan penyata samannya, Natasya Gabriel berkata, Zainal bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM200 seorang yang dijadikan sebagai perintah mahkamah pada 8 November 2002.

Selain itu, Zainal juga akan menanggung segala perbelanjaan sekolah, pendidikan agama dan perubatan anak-anak.

Natasha Gabriel, 51, juga mendakwa, nafkah itu tidak mencukupi dan Zainal sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis, memiliki syarikat sendiri dan tidak muflis.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan