Anak Michael Jackson Masuk Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua daripada anak Michael Jackson, Paris (kiri) dan Prince Michael Jackson II menerima Anugerah Sepanjang Hayat untuk bapa mereka di Anugerah Grammy, awal tahun ini. - AP
Dua daripada anak Michael Jackson, Paris (kiri) dan Prince Michael Jackson II menerima Anugerah Sepanjang Hayat untuk bapa mereka di Anugerah Grammy, awal tahun ini. - AP

BUAT pertama kalinya anak-anak kepada lagenda pop Michael Jackson bakal memulakan sesi persekolahan pada September depan seperti kanak-kanak biasa.

Ketiga-tiga anak Jackson iaitu Prince, Paris dan Blanket akan mula bersekolah dalam tahun ini juga selepas beberapa tahun terasing dari dunia luar dan hanya belajar di rumah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh nenek kanak-kanak itu, Katherine Jackson, dia ingin memberikan kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain kepada cucu-cucunya selepas bertahun-tahun mereka terasing dan tersekat daripada pergaulan dengan dunia luar ekoran populariti yang dikecapi mendiang bapa mereka.

"Saya mungkin tidak akan terlalu bertegas dalam mendidik dan membesarkan mereka tetapi saya akan cuba untuk mengekalkan cara asuhan dan didikan yang telah diterapkan oleh Michael," katanya kepada akhbar The Telegraph.

"Malangnya mereka (cucu-cucunya) tiada kawan sebab tidak pernah menghadiri sekolah seperti kanak-kanak lain. Selama ini mereka hanya belajar di rumah. Apa pun, bermula September depan mereka akan mula bersekolah di sebuah sekolah swasta buat pertama kalinya," tambahnya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan