Megan Fox Tidak Rancang Tarikh Perkahwinan - Berita Hiburan | mStar

Megan Fox Tidak Rancang Tarikh Perkahwinan

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG filem Transformers Megan Fox (gambar) baru sahaja mengumumkan pertunangannya dengan aktor Brian Austin Green. Selepas bertunang, Megan berkata dia tidak mahu merancang perkahwinannya.

"Kalau saya berkahwin, saya akan melakukannya diam-diam, cepat dan tidak dirancang," ujar Megan kepada People semalam.

Aktres yang digelar wanita terseksi itu mengaku dia bukanlah jenis wanita yang gemar melangsungkan perkahwinan penuh meriah.

Kata Megan, dia mahukan perkahwinan secara sederhana.

Menurut bintang Jonah Hex itu, selepas bertunang, dia semakin menyintai Brian dan hubungan mereka kian kukuh.

"Saya lebih menyintainya sekarang berbanding daripada ketika mula-mula bercinta dulu," tambahnya.

Kata aktres 24 tahun itu lagi, pertunangannya kali ini adalah sesuatu yang baru dan bukan bermaksud untuk memperbaiki pertunangan mereka dulu.

Pada Februari 2009 lalu, dia pernah memutuskan pertunangannya dengan Brian.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan