Joe Radzwill Tolak Tuntutan Fasakh Aida Radzwill

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aida Radzwill dan peguamnya, Nahar Alias ketika sebutan kedua tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
Aida Radzwill dan peguamnya, Nahar Alias ketika sebutan kedua tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Joe Radzwill dalam pernyataan pembelaannya menolak tuntutan fasakh yang difailkan oleh isterinya, pelakon terkenal Aida Radzwill sekaligus mahukan plaintif kembali taat kepadanya dalam masa 14 hari.

Sekiranya plaintif masih ingkar dan tidak menghormati defendan sebagai suami yang sah, defendan menganggap bahawa plaintif telah nusyuz.

Tuntutan cerai secara fasakh itu difailkan oleh plaintif di bawah Seksyen 53 1 (b)(h)(i)(ii)(l), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Joe juga menyatakan dia tidak pernah curang terhadap plaintif dan kenyataan plaintif disifatkan sebagai fitnah untuk memburuk-burukkan defendan semata-mata.

Dalam kenyataannya juga, defendan mengaku masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan tidak pernah mengabaikan rumah tangga seperti didakwa oleh plaintif.

Hakim Syarie Mohamad Yusri Kassim menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula bagi plaintif memfailkan jawapan.

Kedua-dua Aida dan Joe hadir secara berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk sebutan kedua kes tuntutan fasakh tersebut.

Pasangan itu telah melantik peguam syarie masing-masing iaitu Nahar Alias mewakili Aida manakala Roslizam Rahim baru dilantik secara rasmi oleh Joe pada Khamis lalu.

Sementara itu, ketika di luar mahkamah, Joe atau nama sebenarnya Ismail Ahmad @ Mohd Radzwill, 39, berkata dia gagal hadir ke mahkamah pada 11 Mei lalu kerana mendapat saman pada 10 Mei, pukul 4 petang.

“Saya tidak hadir pada hari itu kerana mendapat tahu agak lambat iaitu sehari sebelum tarikh itu. Saya mendapat tahu daripada peguam bahawa prosiding sepatutnya diberitahu tujuh hari lebih awal tetapi saya mendapat tahu kurang daripada 24 jam.

“Jadi, saya tak sempat buat apa-apa persediaan kerana saya tidak tahu-menahu tentang tuntutan cerai itu,” ujarnya di luar mahkamah.

Aida, atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, 52, memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah itu pada 27 April lalu.

Dalam permohonannya, Aida mendakwa suaminya gagal memberikan nafkah lebih dari tiga bulan dan defendan lazim menyakiti dan menjadikan hidup plaintif menderita.

Selain itu, defendan didakwa berperangai keji kerana tidak mengikut hukum syarak serta wujud perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

Pada 3 September 2009 pasangan itu mengesahkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pasangan itu bernikah di Yala, selatan Thailand pada 6 November 2002. Mereka tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan mereka bagaimanapun masing-masing mempunyai cahaya mata bersama bekas pasangan terdulu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan