Iz OIAM Akur Nasib Penyanyi Indie

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iz ketika majlis pelancaran di Austin Chase Coffee, The Gardens baru-baru ini. - Foto oleh YAP CHEE HONG
Iz ketika majlis pelancaran di Austin Chase Coffee, The Gardens baru-baru ini. - Foto oleh YAP CHEE HONG

BARU-BARU ini, dua penyanyi baru iaitu Iz OIAM dan Amanda Imani dipilih sebagai penyanyi oleh Austin Chase Malaysia untuk mengedarkan album dan EP mereka.

Hasrat Austin Chase itu sebagai langkah untuk membantu penyanyi indie bergerak dalam industri muzik yang semakin mencabar kini.

Album Iz berjudul Gonna Be Alright termasuk album terbarunya, Gemini serta album Amanda Imani boleh didapati secara eksklusif di Austin Chase Coffee.

Sebagai penyanyi indie, Iz atau nama sebenarnya Khairullah Ezuan Sulaini akur dengan ketentuan dan rezeki yang diterimanya selama ini. Malah dia bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah pada tahun ini.

Bukan sahaja semakin dikenali, dia turut berpeluang menjayakan persembahan di luar negara.

“Ini merupakan pertama kali saya mendapat tawaran seperti ini. Saya rasa bersyukur dan nasib sebagai penyanyi semakin terbela.

“Selama ini, saya tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak dan hanya bergerak sendiri.

“Saya bangga kerana menjadi pilihan Austin Chase yang merupakan jenama antarabangsa. Selepas ini, peminat boleh mendapatkan cakera padat saya secara eksklusif di Austin Chase,” beritahunya dalam nada teruja kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Iz juga akan terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat bulan depan untuk Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Road To Hollywood bagi kategori vokal

Iz akan mewakili negara di pertandingan berprestij tersebut dan bakal bersaing dengan peserta-peserta daripada 40 hingga 50 negara.

Sekarang, dia sedang sibuk dengan persiapan sebelum melangkah ke pertandingan tersebut yang turut disertai oleh Cheryl Koh.

“Saya memilih untuk menyampaikan pelbagai genre muzik pada pertandingan itu nanti seperti muzikal, broadway, world music dan kontemporari selama satu minit untuk sebuah lagu,” ujarnya lagi.

Iz yang juga jurucakap kempen anti merokok atau ASAP turut terpilih untuk melakonkan watak utama di dalam filem pendek untuk kempen tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan