Fizz Fairus Beri Amaran Kepada Fasha

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERANG tidak mahu dikaitkan dengan agenda peribadi Fasha Sanda, pelakon lelaki drama Nur Kasih, Fizz Fairus memberi amaran kepada pelakon wanita itu supaya tidak mengaitkannya dengan sebarang cerita yang bukan-bukan melibatkan Tiz Zaqyah.

"Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain.

"Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu," katanya yang ditemui pada Majlis Doa Selamat Filem Nur Kasih di sini.

Fizz (gambar) masih membawakan watak yang sama untuk filem Nur Kasih.

Dia berkata demikian ketika ditanya tentang namanya yang dikaitkan dalam kenyataan kontroversi Fasha baru-baru ini yang kononnya dia dikatakan turut diganggu oleh Tizz sehingga menimbulkan kemarahan kekasihnya Almy Nadia.

Fizz yang menafikannya menganggap perkara tersebut sebagai publisiti murahan kepada filem Nur Kasih.

"Kami dah macam adik-beradik tiada istilah maksud kacau, mungkin ada dia telefon saya tapi atas hal lain dan bukan sebab untuk mengoda saya.

"Saya tidak faham apa motif untuk dia bagi kenyataan begitu. Kami tak mahu ambil tahu perkara tersebut dan menganggapnya sebagai publisiti murahan," jelasnya.

Bagaimanapun, Fizz memberitahu dia tidak mahu perkara ini terus mengaitkan namanya sehingga disalah anggap oleh masyarakat.

"Saya tak mahu perkara ini dibesar-besarkan dan kaitkan nama saya. Saya tidak mahu masyarakat salah anggap tentang saya dan Tizz," tegasnya.

Penggambaran filem berkenaan bermula 20 Jun lalu akan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Jordan dan Kuala Selangor dan dijangka ditayangkan pada akhir tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, dia juga terbabit dengan sebuah telemovie bersama Rosyam Nor berjudul Bicara Dari Tuhan yang dijadualkan ditayangkan pada Aidilfitri tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan