Kemunculan Gersang Ubat Rindu Peminat

Diterbitkan: Isnin, 21 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Acis atau nama sebenarnya, Hashridz Murshim Hassim ialah Pengarah Muzik Akademi Fantasia 7. - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON
Acis atau nama sebenarnya, Hashridz Murshim Hassim ialah Pengarah Muzik Akademi Fantasia 7. - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON

SELEPAS 20 tahun menyepikan diri, kumpulan Gersang yang begitu popular dengan lagu seperti Masih Aku Terasa, Suratan Takdir dan Sunyi pada lewat 1980-an membuat kemunculan semula di persada muzik pada Konsert Inspirasi Muzik-Muzik yang di adakan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Kemunculan mereka dalam program itu sedikit sebanyak dapat mengubat rindu peminat.

Kumpulan yang dianggotai Man Bai (Abdul Rahman Osman), Acis (Hashridz Murshim Hassim), Man Greng, Jojet dan Kring itu sudah lama berpisah selepas konsert terakhir mereka pada 1990 iaitu konsert Lucky Strike di Johor Bahru.

Acis berkata, idea semua ahli kumpulan itu bergabung semula telah pun lama dibuat, tetapi ia berlarutan hingga empat atau lima tahun.

Ini kerana jelasnya, masing-masing mempunyai komitmen sendiri dan sukar meluangkan bersama.

"Kebetulan Man Bai masih membuat kerja-kerja asas dan berurusan dengan TV3. Alhamdulillah, kali ini jadual kami dah bebas," katanya.

Acis yang pernah menjadi Pengarah Muzik rancangan Akademi Fantasia 7 bagaimanapun berkata, kemunculan semula kumpulan itu adalah sekadar untuk memenuhi masa terluang.

Pada malam itu, kumpulan Gersang menyampaikan lagu popular merkea, Suratan Takdir, Sunyi dan Masih Aku Terasa dalam bentuk medley.

Menurut Acis, pemain gitar kumpulan itu, Kid Ajib (Najib Yaakob) tidak

dapat bersama membuat persembahan pada malam itu kerana mempunyai persembahan lain dengan kumpulan Search.

"Dia ingin beraksi bersama kami tetapi tidak dapat bersama kami pada malam ini," ujarnya.

Ditanya sama ada dia menyifatkan kumpulan Gersang sebagai otai berbanding pemuzik lain, katanya: "Kami tidak menganggap diri kami sebagai otai."

Ia adalah semata-mata untuk mewarnai industri muzik tempatan.

Sementara itu, penyanyi Man Bai berkata, mereka mempunyai perancangan untuk menghasilkan album.

Katanya, mereka telah berbincang untuk berbuat demikian dua tahun lalu.

Bagaimanapun, dia berpendapat, generasi muda barangkali tidak mengenali Kumpulan Gersang lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan