Saya Suka Lakonan Juhi Chawla - Imran Khan

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juhi Chawla. - Foto REUTERS
Juhi Chawla. - Foto REUTERS

PELAKON Imran Khan sangat meminati lakonan aktres Juhi Chawla.

Kerana taksub dengannya, Imrah berhasrat untuk berlakon dalam filem yang seakan-akan sama dengan Qayamat Se Qayamat Tak kerana ia turut dibintangi Juhi.

"Semasa membesar, saya jatuh hati kepada Juhi Chawla. Saya suka dia dalam Qayamat Se Qayamat Tak. Saya sebenarnya melamarnya semasa kecil lagi," kata Imran kepada pemberita.

Imran mengakui dia adalah lelaki tradisional yang ketinggalan zaman apabila menyentuh tentang percintaan.

"Buktinya saya masih bercinta dengan gadis yang sama untuk lapan tahun kebelakangan ini," katanya yang bertunang dengan Avantika Malik.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan