Mustapha Maarof Terima Anugerah Tokoh Perfileman

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Mustapha Maarof memegang sijil dan cek bernilai RM30,000. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Datuk Mustapha Maarof memegang sijil dan cek bernilai RM30,000. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Datuk Mustapha Maarof (gambar) diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perfileman Finas pada tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang yang mengumumkan keputusan itu berkata, pemilihan Mustapha adalah amat bertepatan.

Sehubungan itu, Mustapha menerima hadiah termasuk wang tunai RM30,000 selain selempang, pingat dan sijil.

"Kegigihan dan keikhlasan beliau berdekad-dekad lamanya menerusi perjuangan sebagai seorang seniman sejati telah dibayar dengan setimpalnya," katanya ketika berucap pada Malam Penghargaan Industri Filem 2010 di Dataran Karyawan Finas, malam semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim.

Joseph berharap kejayaan dan semangat juang Mustapha akan dicontohi karyawan filem lain untuk terus berbakti kepada bidang perfileman yang diceburi.

Sementara itu, Mohd Mahyidin menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah galakan penulisan Trofi Samad Idris adalah seperti berikut:

KATEGORI BAHASA INGGERIS

Tempat pertama: Bissme S (Tajuk artikel: The Power of Open Minds And Healthy Discussions, 7 Mei 2009, The Sun)

Tempat kedua: Meor Shariman Meor Shafie (Reel Mess, 8 November 2009, News Straits Times (NST))

Tempat ketiga: Sheridan Mahavera Mohamad Shakir (All Set For World-Class Malaysian Culture, 9 Mei 2009, NST)

KATEGORI BAHASA MALAYSIA

Tempat pertama: A. Wahab Hamzah (Tajuk artikel: Harapan Baru Industri Filem, 7 April 2009, Utusan Malaysia)

Tempat kedua: Zainuri Misfar (Peranan TV Majukan Industri Animasi Negara, 4 Mac 2009, Berita Harian)

Tempat ketiga: Akmal Abdullah (Finas Perlu Rangsang Penonton Baru, 22 Januari 2009, Berita Harian)

Pada malam itu, Mohd. Mahyidin turut menyampaikan piala Trofi Samad Idris kepada The Sun bagi kategori bahasa Inggeris manakala Utusan Malaysia memenangi bagi kategori bahasa Melayu.

Seterusnya, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf menyampaikan hadiah galakan duti hiburan filem bernilai RM2,978,426.34 kepada sembilan syarikat produksi.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Galaksi Seni Sdn. Bhd.yang memperoleh RM115,701.18, KRU Studios Sdn. Bhd. (RM142,285.71) serta MIG Production Sdn Bhd (RM1,255,968.01).

Lain-lain syarikat termasuk Primeworks Studio Sdn. Bhd. (RM633,325.24), Pesona Pictures Sdn. Bhd. (RM24,490.94), serta Sri Saheb Production Sdn Bhd (RM24,659.36).

Turut menerima galakan duti hiburan ialah Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (RM575,748), Skop Production RM200,178.32 serta Sonata Film (RM 6,069.58).

Dalam pada itu, Joseph diberi penghormatan untuk melancarkan dua buku terbitan Finas iaitu Meredah Gelombang Seni - Sebuah Memoir Aziz Sattar dan Bintang Di Langit Seni - Ahmad Mahmood.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan