Majlis Mewah Courteney Cox

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Courteney Cox Arquette. - Foto AP
Courteney Cox Arquette. - Foto AP

PELAKON Courteney Cox (gambar) menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 dalam suasana mewah di restoran terkemuka di Los Angeles.

Dia menjemput beberapa rakan terdekat untuk bersama meraikan hari istimewanya di restoran Bouchon yang terletak di Beverly Hills.

Antara tetamu jemputan termasuklah rakannya dari sitkom ‘Friends’ Jennifer Aniston dan pelakon Laura Dern.

“Mereka menyanyikan lagu ulang tahun untuk Courteney dan bersorak ke arahnya beberapa kali. Mereka kelihatan gembira,” menurut sumber.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan