Aznil Nawawi Dilantik Ikon Anti Denggi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selebriti terkenal, Aznil Nawawi (gambar) hari ini dilantik sebagai ikon anti denggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan "Jom Ganyang Aedes" bagi menangani wabak denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Aznil dipilih untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan.

"Penglibatan beliau dalam kempen ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak, di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata kementerian juga mengadakan projek khas "Jom Ganyang Aedes" khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh.

Beliau berkata kementerian sedang berusaha menyedarkan masyarakat bahawa kunci utama bagi mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan tempat pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah kerana aktiviti semburan kabus atau fogging hanya membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik.

"Untuk memastikan aktiviti pengurangan sumber ini berkesan dan berimpak tinggi, kita memerlukan penglibatan masyarakat atau komuniti supaya mereka dapat memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ini.

"Saya amat berharap agar projek "Jom Ganyang Aedes" ini mampu membantu mengurangkan kes denggi di kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan panas denggi di sekitar Lembah Klang, terutama Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Sehingga minggu lepas, sebanyak 21,309 kes demam denggi direkodkan dengan 69 kematian, dengan Kuala Lumpur dan Selangor menyumbang purata sebanyak 52 peratus kes demam denggi bagi tiga tahun berturut-turut.

Sementara itu, Aznil berkata beliau terpanggil untuk bekerjasama dalam kempen itu setelah kehilangan rakan baik yang juga rakan pengacara iaitu Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, yang meninggal dunia pada 1 April lalu akibat demam denggi berdarah.

"Saya merasa amat berbesar hati kerana dipilih, kerana melalui aktiviti seumpama ini saya berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab sosial saya dan sekaligus membantu usaha kerajaan menangani masalah denggi yang meragut banyak nyawa di negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan