Usher Gegar KL 7 Julai

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas 16 tahun penantian, buat julung kalinya bintang R&B terkenal Usher (gambar) bakal berkunjung ke Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan hebat.

Penyanyi berusia 31 tahun itu dijangka menampilkan pesona gerak tarinya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Julai akan datang.

Konsert yang dibawakan oleh Galaxy itu akan menyaksikan Usher tampil dengan lagu-lagu hit yang pernah menjulang namanya di seluruh dunia, selain melayakkannya memenangi anugerah Grammy sebanyak beberapa kali.

Berasal dari Chattanooga, Tennessee, Amerika Syarikat, Usher Raymond memulakan karier nyanyiannya pada tahun 1990-an selepas mendapat khidmat Puffy Combs selaku penerbit album. Album pertamanya iaitu Usher (1994) berjaya melonjakkan namanya sebagai bintang kontemporari soul di era 90-an.

Usher terkenal menerusi lagu-lagu hit termasuklah Nice & Slow, You Make Me Wanna, U Remind Me, U Don't Have To Call, Yeah! dan Burn yang mencatatkan jualan album mencecah jutaan unit di seluruh dunia.

Album keempatnya Confessions terjual melebihi 10 juta unit di Amerika Syarikat dan melebihi 20 juta unit di seluruh dunia, sekaligus menjadikan Usher seorang bintang antarabangsa.

Album keenamnya, Raymond v Raymond yang dipasarkan sejak Mac lalu turut mendapat perhatian dan diperbandingkan dengan album Confessions kerana lagu-lagu yang lebih matang dan mempunyai sentuhan peribadi yang lebih menonjol.

Sentuhan Usher dalam album terbarunya ini mempertaruhkan lagu-lagu bergenre pop rancak/RnB seperti Papers, Hey Daddy dan OMG yang memperlihatkan kematangan dan kembalinya dia ke persada dunia.

Tiket-tiket konsert mula dijual sekarang dengan harga RM488, RM288, RM188 (tempat duduk bernombor), RM428 dan RM348 (berdiri) dan RM98 (tempat duduk bebas).

Tiket-tiket boleh dibeli di talian Galaxy 03-2282 2020 atau layari wwww.galaxy.com.my dan Ticket Axcess di talian 03-77115000 atau layari www.axcess.com.my.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan