"Kata Kau" Di Astro Ria Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan pengacara kuiz Kata Kau, Scha dan Reza. - Foto ihsan Astro
Pasangan pengacara kuiz Kata Kau, Scha dan Reza. - Foto ihsan Astro

SETELAH beberapa program yang bercorak permainan di Astro berjaya meraih perhatian dan mendapat tempat di hati penonton, Astro sekali lagi membawakan sebuah lagi program bercorak permainan kuiz berunsurkan muzik iaitu Kata Kau.

Buat pertama kalinya rancangan ini dihoskan oleh pengacara hebat Reza Mohammad dan digandingkan bersama pelakon terkenal Scha Al Yahya.

Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, “Sebagai sebuah saluran yang memaparkan hiburan berterusan, kami tidak mahu terlepas pandang dalam menerbitkan sebuah lagi program hiburan bercorak kuiz permainan yang ringkas dan sesuai ditonton oleh semua golongan lapisan penonton.

"Kata Kau merupakan sebuah lagi pertaruhan kami dalam memastikan para penonton setia di saluran ini terus dihiburkan dengan pelbagai jenis genre program.

"Pemilihan Reza dan Scha selaku pasangan pengacara dilihat amat sesuai dan bertepatan dengan konsep program yang mahu pendekatan segar dan bersahaja."

Program ini menampilkan selebriti terkenal tanah air bersama pelanggan Astro yang bertuah, di mana mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan berentap untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan.

Program selama 30 minit ini memaparkan 26 episod termasuk 1 episod khas Raya dan 1 episod khas Merdeka.

Antara barisan artis yang akan memeriahkan program Kata Kau termasuklah Pop Shuvit, Meet Uncle Hussin, Saida, Saerah, Zed Zaidi, Adam AF, Hafiz, Mila, Tomok, Black, Fiz Fairuz, Julia Zigler, Ainul Aishah, Marsha, Anding, Dafi, Edleen, Sherry Ibrahim, Zizan dan ramai lagi.

Pada setiap episod, sebanyak lima jenis permainan akan dimainkan secara rawak. Menariknya, kuiz ini juga akan mengenakan 'hukuman' kepada setiap kumpulan yang kalah.

Antara cabaran-cabaran yang menanti para peserta ialah meneka tajuk lagu melalui permainan Ringtone Rentong, meneka bahagian korus lagu Rock Melayu dalam permainan Bapak Kapak dan meneka lukisan karikatur penyanyi dan pelakon tanahair melalui Siapa Pulak Ni..?

Sementara itu, permainan Ikut Suka Kau! akan menampilkan Salleh Yaakob sebagai Abang Jam yang akan menyanyikan lagu-lagu Melayu versi Inggeris dan lagu-lagu Inggeris versi Melayu. Peserta hanya perlu meneka tajuk lagu dan markah akan diberikan pada setiap jawapan yang betul.

Selain itu, terdapat banyak lagi permainan yang akan digunakan secara rawak seperti Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa.., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan yang menjanjikan kelainan dan gelak ketawa buat penonton Kata Kau.

Jangan lupa saksikan selebriti kesayangan anda menerima 'hukuman' dan keletah serta gelagat bersahaja Reza dan Scha dalam program Kata Kau bermula Sabtu ini pukul 10 malam menerusi Astro RIA di saluran 104.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan