Kejayaan Mohd. Izwan Bukan Kerana Populariti Ziana

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ziana Zain bersama protegenya, Mohd ketika menerima komen daripada juri profesional, Audi Mok dan Faizal Tahir. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF
Ziana Zain bersama protegenya, Mohd ketika menerima komen daripada juri profesional, Audi Mok dan Faizal Tahir. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF

PENYANYI terkenal, Ziana Zain menafikan Mohd. Izwan Mohd. Nor 'terselamat' daripada penyingkiran ekoran populariti Ziana Zain sendiri sehingga protegenya itu yang mampu meraih perhatian undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton.

"Tidak juga. Setahu saya, setiap mentor mempunyai peminat mereka sendiri. Lihatlah penyokong abang Mus (yang ramai itu). Sama ada banyak atau sedikit bilangan penyokong bergantung kepada bagaimana Mohd. Izwan beraksi.

"Kalau dia tak bagus, tapi SMS banyak... kata orang, tak guna juga. Betul tak? Dia kena buat betul-betul bagus untuk meyakinkan orang mengundinya," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Konsert Mingguan Kumpulan B pusingan akhir di Auditorium MBSA Ahad lalu.

Di peringkat awal konsert tersebut, Mohd. Izwan menduduki tangga tercorot dengan 61 markah berbanding Ayim (70 markah) dan Adi (69 markah).

Bagaimanapun, persembahan memberangsangkannya menerusi lagu Usang (Rahim Maarof) dan Lagu Untukmu & Drama King (Hazama dan Meet Uncle Hussain) membolehkan dia memperolehi markah tertinggi iaitu sebanyak 102 markah.

Adi memperolehi 100 mata manakala Ayim, 98 markah.

Ziana memberitahu, faktor populariti seseorang mentor bukan penentu keputusan yang mutlak kerana Mentor 4 turut diadili oleh juri awam dan juri profesional.

Ziana memberitahu, apa-apa pun boleh berlaku dalam pertandingan ini dan setiap peserta perlu sentiasa bersedia menghadapi penyingkiran.

Jelasnya, berapa lama seseorang mentor itu bertapak dalam industri hiburan serta popularitinya adalah soal lain.

"Bagi saya, apa yang penting ialah setiap penyanyi perlu menyanyi dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat-peminat," katanya.

Ziana turut memberitahu, Mohd. Izwan telah menunjukkan peningkatan walaupun kehadirannya di atas pentas dikatakan masih 'kaku'.

"Pada hari pertama lagi, saya telah beritahu supaya buat betul-betul dan syukurlah akhirnya dia telah menunjukkan peningkatan," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan