Jehan, Anahita & Wan Sharmila Kecam Israel

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jehan mahu serangan akan dihentikan suatu hari nanti.
Jehan mahu serangan akan dihentikan suatu hari nanti.

KEPERITAN yang dilalui penduduk Gaza bukan sahaja menyentuh hati dan perasaan rakyat Malaysia malah turut dirasai oleh beberapa selebriti tanah air yang mengecam tindakan kejam rejim Zionis Israel.

Bagi pelakon Jehan Miskin, isu keganasan dan kekejaman Israel sudah lama tercetus namun kesedaran memuncak apabila aktivis Malaysia sendiri merasakan penderitaan mereka apabila menjadi tahanan Israel.

“Ini bukan isu baru. Ia merupakan isu dunia yang sudah bertahun-tahun lamanya dan sukar bagi kita sebagai negara kecil untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

“Namun banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menunjukkan sokongan kepada saudara sesama Islam yang sedang berjuang di tanah Palestin itu. Paling tidak, kita boleh membantu dari segi kutipan derma yang dapat disalurkan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Selain itu, Jehan menzahirkan rasa sedih terhadap mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis yang telah bertahun-tahun berhadapan dengan konflik tidak berkesudahan itu. “Seluruh masyarakat dunia harus sedar perkara ini dan bangkit bersatu bagi menyedarkan kuasa besar dunia agar melakukan sesuatu.

“Selagi kuasa-kuasa besar dunia tidak bangkit menentang kekejaman Israel yang secara terang-terangan, jenayah ini tidak akan berkesudahan,” jelasnya.

Manakala bagi pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli, usaha murni Malaysia menghantar bantuan ke Gaza baru-baru ini patut dipuji kerana ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan tindakan Malaysia, biarpun ia laluan yang agak sukar namun usaha itu melambangkan betapa negara dan rakyat kita prihatin dengan penderitaan Palestin.

“Sebagai saudara sesama Islam, saya berharap rakyat Palestin mampu bertahan dalam meneruskan hidup mereka. Peperangan ini seharusnya dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban dengan sia-sia,” jelasnya.

Biarpun begitu, Annahita menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia sedar tentang kesusahan yang dialami oleh negara Palestin berbanding Malaysia.

“Rakyat Malaysia harus sedar tentang betapa pentingnya menjaga keamanan yang kita miliki sekarang jika dibandingkan negara-negara lain yang sedang bergolak.

“Apa yang berlaku di sana kita jadikan iktibar dan teladan serta sentiasa berdoa supaya rakyat Palestin memperoleh keamanan,” ujar pelajar jurusan perundangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.

Sementara itu, pelakon Wan Sharmila memberitahu keprihatinan rakyat di serata dunia yang ditunjukkan melalui bantuan-bantuan yang dihantar sedikit sebanyak mampu memberi kekuatan kepada rakyat Palestin.

“Walau tidak banyak yang dapat dibantu namun melalui saluran yang dibuka oleh badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam menyalurkan bantuan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

“Sesama manusia dan umat Islam khususnya lebih merasai apa yang dilalui oleh rakyat di sana. Seperti yang diceritakan oleh aktivis Malaysia yang ditahan beberapa hari menjelaskan betapa peritnya penderitaan yang mereka alami selama ini,” katanya.

Menurutnya, doa adalah usaha terbaik bagi membantu rakyat Palestin dalam menghadapi segala dugaan setiap hari.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan