Temui Kimora Dalam Life On The Fab Lane

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GLAMOR, kaya, popular, berpengaruh, usahawan berjaya dan ‘hot mama’ itulah Kimora Lee Simmons! Memulakan karier sebagai model seawal 13 tahun, Kimora boleh tersenyum megah dengan kejayaan dan kekayaan yang dimiliki sekarang.

Kimora Lee Simmons merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama pakaian terkenal Baby Phat yang cukup dikagumi dalam dunia fesyen dan peragaan.

Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai usahawan dan model, Kimora tetap bijak membahagikan masa bersama puteri-puteri kesayangannya Ming dan Aoki dan tidak lupa dengan anak hasil perkahwinan beliau dengan pelakon Djimon Hounsou bernama Kenzo.

Jangan ketinggalan untuk menonton Kimora: Life in the Fab Lane (Musim ke-4), yang akan disiarkan setiap Ahad pukul 10.00 malam bermula 6 Jun 2010 hanya di saluran hip 8TV!

“Kimora: Life in the Fab Lane merupakan siri realiti yang cukup digemari ramai. Personaliti beliau kadangkala mengjengkelkan, namun kita masih tidak dapat lari dari menonton Kimora! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan aktiviti harian Kimora yang penuh dengan glamor” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV!

Saksikan bagaimana Kimora menguruskan bisnes dan mengimbangi kehidpan hariannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Para penonton pastinya tidak mahu terlepas menyaksikan drama, gosip dan perkembangan terbaru dunia fesyen dalam Kimora: Life in the Fab Lane, setiap Ahad, jam 10.00 malam hanya di 8TV!

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan