Mus: Lagu 'Getaran Jiwa' Dirockkan Bukan Punca Kekalahan Ayim

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mus May. - Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN
Mus May. - Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN

SHAH ALAM: Pertaruhan lagu Getaran Jiwa yang dirockkan bukan merupakan punca kekalahan Ayim pada Konsert Mingguan Mentor 4 Kumpulan B Pusingan Akhir di Auditorium MBSA di sini, malam tadi.

Demikian pengakuan mentor, Mus May ketika ditanya sama ada pertaruhannya itu memakan diri protegenya itu.

"Kita dalam program macam ini.. kadang-kala kita nak sesuatu yang versatile. Kita nak bakat baru ini menjadi seorang penyanyi yang versatile. Salah satu caranya ialah saya cuba beri nafas baru pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Saya berbincang dengan Ayim dan dia pun okey. Saya tak pasti apakah punca kekalahan Ayim.. Mungkin persembahannya kurang mendapat perhatian juri profesional ke, juri awam, penonton," katanya kepada sidang akhbar di sini malam semalam.

Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee asalnya merupakan sebuah lagu klasik.

Mus berharap tindakannya mengubah susunan muzik tersebut tidak mencemarkan lagu asal itu.

"Kalau ikutkan lagu original, mungkin tak sesuailah. Oleh itu, saya cuba membuat arrangement yang macam itu," katanya.

Jelasnya lagi, dia tidak pernah memikirkan lagu yang dirockkan itu mungkin menjejaskan peluang anak didiknya mara ke separuh akhir Mentor 4.

Katanya, niatnya adalah semata-mata supaya ia lebih sesuai dinyanyikan oleh protegenya.

"Sebab kita kadang-kala bila membuat sesuatu biar dalam kemampuan kita. Kalau kita fikir jauh sangat sehingga di luar kemampuan kita, nanti kita akan buat sesuatu yang tak sepatutnya kita buat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan