Filem "Michael Jackson's This It" di HBO

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMINAT raja pop Michael Jackson tentunya akan lebih teruja apabila HBO menerusi saluran 411 di Astro akan menyiarkan filem Michael Jackson’s This It pada 25 Jun ini bermula pukul 9 malam.

Filem ini menawarkan penonton dengan pengalaman yang sukar dilupakan dengan susunan khas yang dipetik dari beberapa aktiviti dan persiapan terperinci Jackson untuk pertunjukan-pertunjukan di London 2009.

Mengikuti persiapan dari bulan Mac hingga September 2009, filem menyiarkan lebih seratus jam rakaman di sebalik pentas, yang menunjukkan Jackson menyampaikan beberapa buah lagu untuk persembahan beliau.

Penonton akan dapat menyelami dengan lebih mendalam serta mendekati penyanyi, penari, penerbit filem, arkitek serta genius ini semasa beliau mencipta dan menyempurnakan pertunjukan yang terakhir.

Kenny Ortega, yang merupakan rakan kreatif dan pengarah pertunjukan Michael Jackson, merupakan pengarah filem ini.

Filem ini diterbitkan oleh Randy Phillips, Kenny Ortega dan Paul Gongaware manakala penerbit eksekutif terdiri dari John Branca dan John McCain.

“Dunia akan dapat melihat pengalaman yang kami amat bertuah untuk melalui, iaitu komitmen, semangat yang membara dan daya kreativiti tinggi yang Michael menyuntik ke dalam projek ini.

"Rakaman filem ini dapat menunjukkan Michael dalam situasi sebenar, bagaimana beliau begitu terlibat secara kreatif dalam segala aspek penerbitan, dari tahap pementasan dan koreografi, muzik, pencahayaan pentas, reka bentuk produksi dan penghasilan filem pendek asli serta latar belakang video” jelas Ortega.

“Pertunjukan ini juga akan menonjolkan Michael sebagai seorang penghibur yang terunggul di dunia malah beliau antara penghibur yang mempunyai pemikiran yang paling kreatif.

"This Is It adalah hasil kerja pentas Michael yang terakhir; walaupun ia masih pada tahap persediaan, namun saya percaya filem ini akan menunjukkan bagaimana Michael menikmati setiap tahap persediaan dan tidak syak lagi pertunjukan ini akan mencapai kejayaan yang besar,” tambah Ortega.

McCain pula berpendapat: “Filem ini bagaikan anugerah kepada seorang artis yang telah mencurahkan seluruh kehidupan profesionalnya dalam dunia hiburan selain berjaya membangkitkan perasaan teruja di kalangan peminatnya, malah ia juga amat sesuai sebagai hadiah terakhir kepada jutaan peminat nya di seluruh dunia.

Bagi yang terlepas menyaksikan filem ini, ulangannya pula akan disiarkan sebanyak tiga kali pada 26 Jun akan datang masing-masing pukul 1 pagi, 1 tengah hari dan 10.50 malam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan