Cheryl Cole Tandatangan Kontrak Dengan Syarikat Rakaman Will.i.am

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cheryl Cole hadir ke tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) pada Festival Filem Cannes ke-63 pada 31 Mei, 2010. - Foto REUTERS
Cheryl Cole hadir ke tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) pada Festival Filem Cannes ke-63 pada 31 Mei, 2010. - Foto REUTERS

PENYANYI Cheryl Cole telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman anggota Black Eyed Peas, Will.i.am.

Mereka akan bekerjasama menghasilkan album Cole yang berikutnya.

"Saya suka bekerjasama dengannya. Kita telah berbincang tentang usahasama menjayakan album Cole yang berikutnya.

"Kami sedang memikirkan bagaimana untuk menghasilkan album di Amerika Syarikat. Hasilnya perlulah menakjubkan," kata Will.i.am kepada media.

Album tersebut adalah percubaan pertama Cole untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Sebelum ini, penyanyi The Girls Aloud ini bekerjasama dengan Will.i.am dalam versi Heartbreakter yang dipinda.

Duet itu diteruskan dengan kerjasama Cole dalam album solo pertama Cole, 3 Words.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan