Wafa,Tajul Bersatu Selepas 32 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suami Wafa, Tajul ketika upacara akad nikah. Dengan sekali lafaz Wafa sah bergelar isteri Tajul di Masjid At-Taqwa semalam. - Foto oleh MUNIRAH MUZAMER
Suami Wafa, Tajul ketika upacara akad nikah. Dengan sekali lafaz Wafa sah bergelar isteri Tajul di Masjid At-Taqwa semalam. - Foto oleh MUNIRAH MUZAMER

KALAU dah jodoh, tidak ke mana kerana jodoh dan pertemuan itu di tentukan Allah. Begitulah yang boleh dikatakan tentang suratan hidup pelakon dan penerbit Wafa Tan Sri Abdul Kader, 44, yang bertemu jodoh dengan suaminya, Tajul Faizal Tamimuddin, 44, selepas 32 tahun.

Bagaikan tidak percaya apabila lelaki yang sama-sama bersekolah dengannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Petaling sehingga tahun 1978 dahulu menjadi suaminya selepas lama terputus hubungan.

Selepas menghadiri majlis makan malam anjuran alumni sekolah tersebut pada November tahun lalu, tercetuslah perkenalan mereka sehingga berlarutan ke jinjang pelamin.

Menariknya, hubungan mereka turut disatukan dan disaksikan oleh rakan-rakan alumni Sekolah Sri Petaling yang turut hadir ke majlis bahagia Wafa dan Tajul.

Semalam, Wafa sah bergelar isteri kepada Tajul Faizal pada pukul 9.10 pagi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Mereka yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mei lalu dinikahkan oleh Imam masjid berkenaan, Md Zali Abd Manan berwalikan bapa pengantin perempuan, Tan Sri Abdul Kader Talip, 71, dengan sekali lafaz nikah oleh Tajul yang juga seorang jurutera.

Impiannya hanya satu, selepas diijabkabulkan anak sulung kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu hanya berdoa agar mencapai kebahagiaan seperti wanita lain dan jodohnya ini kekal sehingga ke akhir hayat.

“Saya berharap hubungan kami kekal selama-lamanya dan suami memberikan bimbingan dan petunjuk yang baik kepada saya,” ujarnya dalam satu sidang media selepas selesai diijabkabulkan di masjid tersebut.

Bagi Wafa yang bergelar ibu tunggal selama 10 tahun, ini merupakan perkahwinan ketiganya dan dikurniakan empat orang anak lelaki sementara Tajul pula berkahwin buat kedua kalinya selepas bercerai setahun lalu dengan isteri pertamanya dan dikurniakan dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun anak lelakinya itu meninggal dunia pada tahun 2005.

Anak-anak Wafa bernama Luqman Mohd Yusof, 23, Muhd Hakiim Abd Rauf, 15, Muhd Kamil Abd Rauf, 14, dan Muhd Adib Abd Rauf, 12, manakala anak Tajul iaitu Amira Adibah Tajul Faizal, 13.

“Kami mula merancang untuk berkahwin setelah suami melamar saya sekitar Februari tahun ini. Saya mula terbuka untuk berkahwin setelah dipujuk oleh anak-anak.

“Mereka yang minta saya carikan suami seperti Uncle Tajul. Saya juga selesa dengannya yang sentiasa menjadi diri-sendiri, selamba dan bersahaja serta tidak berpura-pura untuk memikat hati saya,” ujar Wafa sambil tersenyum di sebelah suaminya.

Sementara Tajul yang ceria di samping isteri tercinta mengakui sikap jujur dan suka berterus-terang Wafa telah berjaya mencuri hatinya untuk hidup bersama wanita itu.

Ditanya mengenai bulan madu, dalam nada gurau Wafa menjawab: “Setiap hari adalah bulan madu!”.

Menyentuh tentang anak, pasangan itu hanya berserah kepada Tuhan dan tidak menolak sekiranya ada rezeki.

Pasangan itu akan mengadakan majlis doa selamat sempena perkahwinan mereka selepas Hari Raya Puasa tahun ini.

Wafa telah menerima mas kahwin RM1,602 dan lima dulang hantaran manakala Tajul menerima hantaran balas tujuh dulang.

Wafa berkata dia tidak menerima wang hantaran daripada suaminya. Jelasnya, dia sengaja tidak menetapkannya.

Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah telekung, dan al-Quran, persalinan, wajik, kek, buah-buahan dan cincin manakala daripada pihak perempuan adalah sejadah, kek, buah-buahan, telur pindang, coklat, cincin dan puding.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan