Kejadian Dibaling Gelas - Johan Tuntut RM1j

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peguam Zahrin Emrad menunjukkan kesan luka yang dialami Johan akibat dibaling gelas tersebut.
Peguam Zahrin Emrad menunjukkan kesan luka yang dialami Johan akibat dibaling gelas tersebut.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Muhammad Yazid Lim, 26, atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak melalui peguamnya Zahrin Ishak memberi tempoh tujuh hari kepada pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar, 33 untuk membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan.

Menurut Zahrin dari Zahrin Emrad & Sujaihah, notis tuntutan agar Javed berbuat demikian telah diserahkan pada 10 Jun lalu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta.

Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.

Sementara itu, Johan yang ditemui pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut kecewa dengan tidakan Javed yang menyebarkan berita tidak benar kepada semua media dan persatuan-persatuan dalam industri hiburan.

"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.

"Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran.

"Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah.

Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara.

"Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya.

"Saya rasa tindakan mereka tidak profesional kerana tidak memberi sebarang penjelasan terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku," jelasnya kesal.

Dalam kejadian pada pertengahan Mei lalu Johan cedera pada dahi kiri dan pipi kanannya akibat terkena gelas kaca tersebut.

Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Tambahnya lagi, tindakan undang-undang yang diambil itu bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengarah dan artis-artis yang lain agar perkara ini tidak terus terjadi.

"Memang saya sudah memaafkan dia tetapi tindakan undang-undang yang saya ambil ini atas tindakan yang dia lakukan kepada saya dan perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan