Jennifer Love Hewitt Obses Watak Wonder Woman

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES cantik Jennifer Love Hewitt (gambar) berkeras untuk melakonkan watak Wonder Woman yang akan diangkat menjadi sebuah filem. Jennifer mengaku sangat obses untuk membawakan watak heroin tersebut.

Untuk melakonkan watak ini, Jennifer akan bersaing dengan aktres lain seperti Megan Fox, Sandra Bullock serta Beyonce Knowles. Pada tahun 1970-an, watak Wonder Woman pernah dilakonkan oleh Lynda Carter.

Jennifer telah menemui penerbit dari syarikat produksi Warner Bros untuk mendapat tempat dalam filem itu. Filem itu akan diarahkan oleh Joss Whedon dan ditayangkan pada tahun 2013.

"Saya telah berjuang habis-habisan. Saya rasa Warner Bros telah bersedia untuk menerbitkan filem tersebut dan saya sangat ingin melakonkan watak Wonder Woman, kerana saya sangat obses dengan watak itu," ujar Jennifer kepada E! Online semalam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan