Fergie Belum Bersedia Hamil

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK berkahwin dengan aktor Transformers, Josh Duhamel pada tahun lalu, Fergie (gambar) belum mempunyai tanda-tanda untuk mempunyai cahaya mata. Alasannya, dia terlalu sibuk untuk hamil.

Jika hamil nanti, karier Fergie pasti akan terganggu. Sementara ketika ini dia sedang fokus kepada karier solonya dan Black Eyed Peas.

"Sehingga kini yang terpenting bagi saya adalah Black Eyed Peas dan belum ada waktu untuk memiliki anak.

"Jika saya hamil, tentu sukar untuk beraksi di pentas dan saya pasti akan rasa bersalah kepada bayi yang dikandungkan itu," ujar penyanyi berusia 35 tahun itu kepada Sify News semalam.

Namun tidak bererti penyanyi yang popular dengan lagu Clumsy itu tidak memikirkan tentang keluarganya. Suatu hari nanti dia merancang untuk bercuti dan memfokuskan diri hanya untuk suami dan anak.

"Ada yang mengatakan, 'tidak baik melakukan semua hal yang kita inginkan pada waktu yang sama'. Kata-kata itu sangat masuk akal bagi saya," tutur vokalis seksi itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan