TV3 Mahu Kurangkan Kontroversi

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan. - Foto oleh ART CHEN
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan. - Foto oleh ART CHEN

PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), akan membataskan elemen kontroversi untuk semua rancangan berbentuk hiburan sebagai menghormati tuntutan penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, sempena menyambut ulang tahun TV3 yang ke-26 pada 1 Jun lalu, stesen televisyen itu akan lebih mementingkan sensitiviti penonton dalam program-program hiburan mereka.

“Pihak kami akan melihat balik segala respons penonton apabila sesebuah rancangan hiburan yang memaparkan elemen kontroversi diterbitkan.

“Mana-mana perkara yang agak sensitif kita tidak akan siarkan kerana ia mungkin boleh menyebabkan penonton tidak menggemarinya,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) sempena ulang tahun stesen itu di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Sebelum ini rancangan Terjah yang diterbitkan oleh Nas Ahmad mendapat kritikan orang ramai kerana ia dianggap memaparkan elemen yang mengetepikan budaya dan adab sopan Melayu.

Rancangan itu bagaimanapun telah ditamatkan siarannya beberapa bulan lalu.

Menurut Farid, walaupun elemen berkenaan cuba dihapuskan untuk rancangan hiburan mereka tetapi penonton tetap diberi pilihan menontonnya menerusi internat.

Ini kerana kata beliau, individu yang melayari internat agak kurang sensitif berbanding penonton di televisyen.

“Sesebuah segmen yang kita fikirkan sensitif itu kita bercadang akan menyiarkannya di internat sahaja tetapi itu semua masih lagi dalam pertimbangan,” katanya.

Selain perubahan kepada rancangan-rancangan hiburan, TV3 juga akan memastikan hanya drama-drama yang mantap dan berkualiti sahaja akan disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Sempena sambutan ulang tahun tersebut, TV3 turut melancarkan Kempen Bebaskan Bumi Palestin dengan melantik Faizal Tahir sebagai dutanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan