Ray & Anif Jadi Penyeri Selepas Din Beramboi

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil Nawawi, bersama Ray dan Haniff semasa majlis pelancaran album Sawancara Aznil & Din Beramboi di Astro, Kuala Lumpur, semalam. - Foto UTUSAN
Aznil Nawawi, bersama Ray dan Haniff semasa majlis pelancaran album Sawancara Aznil & Din Beramboi di Astro, Kuala Lumpur, semalam. - Foto UTUSAN

GANDINGAN baru di Riuh Pagi ERA, Aznil Haji Nawawi bersama dua penyampai muda, Ray dan Anif memantapkan lagi suasana pagi di stesen radio Era. Biarpun bukan mengantikan tempat Allahyarham Din Beramboi namun penyampai muda ini tampil dengan formula berbeza.

Menurut Aznil, formula terbarunya gandingan orang muda ini adalah lebih kepada perbualan spontan berbanding formula ketika bersama Din iaitu "lawak tak ingat".

"Bagi memantapkan gandingan baru ini saya cadangkan formula baru yang berbeza dan lebih bertenaga, antara program baru yang kami wujudkan ialah Can I Help You, segmen ini Anif akan buat panggilan perangkap dalam bahasa Inggeris kepada sesiapa sahaja yang dicalonkan pendengar.

"Segmen Ray juga sangat lucu iaitu Doktor-doktor, Ray akan jadi doktor yang merapu. Manakala saya dengan segmen Merisik Khabar yang sudah setahun saya kendalikan.

"Segmen Merisik Khabar ini juga akan beralih menjadi rancangan televisyen di Astro Prima yang bakal ke udara pada bulan Ramadan ini," jelasnya.

Biarpun baru seminggu digandingkan bersama, Aznil mengakui bayangan Allahyarham Din Beramboi semakin hilang dengan karakter yang dibawa oleh Ray dan Anif.

"Setakat ini belum ada maklum balas negatif yang saya terima. Namun saya pasti keserasian sudah mula terbentuk antara kami bertiga.

"Secara tidak langsung juga karakter mereka berdua telah menghilangkan bayangan Din. Saya sudah bangun kembali dengan dua tenaga baru ini," jelasnya.

Menurutnya, jika tempat Din digantikan dengan pelawak yang lain, kemungkinan besar dirinya masih dibayangi dengan karakter Allahyarham.

Tambahnya, jurang perbezaan umur antara mereka bukan suatu masalah, malah menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan kepada dua penyampai baru itu.

"Biarpun muda tapi mereka sudah biasa mengendalikan segmen pagi di XFM dan mempunyai peminat sendiri. Saya di situ sebagai mengimbangkan peranan orang muda.

Ketika ditanya tentang maklum balas yang bakal diterima, Aznil memberitahu cabaran terbesar dalam industri hiburan adalah penerimaan dan maklum balas masyarakat.

"Jika nak diikutkan maklum balas pada awal gandingan saya dengan Din banyak yang negatif yang kami terima. Ada yang suka malah ramai yang mengeji kami, namun disebabkan keyakinan terhadap masa depan yang lebih baik kami teruskan," ujar Aznil.

Sementara itu, Ray atau nama sebenar Shah Reza Muhd Shah mengakui kehadiran mereka berdua bukan sebagai pengganti Allahyarham tetapi sebagai penyampai baru yang membawa cara mereka sendiri.

"Cabaran dan jangkaan tinggi masyarakat luar terhadap segmen pagi amat tinggi dan kami akan cuba berikan yang terbaik. Namun kehadiran kami bukan untuk menggantikan tempat Allahyarham kerana dia tidak akan ada pengganti.

"Seboleh-bolehnya kami akan cuba sesuatu yang baru dan segar dengan bimbingan dari Pak Nil," jelasnya.

Bagi Haniff Hamzah atau Anif, peluang terbaik dapat bergandingan dengan Aznil ini akan digunakan sepenuhnya dalam mempelajari setiap perkara baru dalam bidang ini.

"Bukan jurang usia sahaja berbeza tetapi apa yang lebih membezakan kami dengan Pak Nil adalah jurang pengalaman. Kami akan gunakan peluang ini untuk belajar dengan sebaik mungkin," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan