Peminat Tetap Sokong Ariel-Luna

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMINAT Ariel dan Luna Maya tetap menyokong dua artis itu walaupun mereka sedang dilanda kontroversi hebat kononnya terlibat melakukan adegan seks sehingga video tidak bermoral itu tersebar.

Dalam laman sosial Facebook, Arlunerz, singkatan kepada Ariel and Luna lovers itu, peminat menulis reaksi positif berhubung insiden yang berlaku sehinggakan ada yang sedih dan marah terhadap penyebaran video porno berkenaan.

"Selama ini saya tidak pernah sedih dan bersimpati dengan artis. Beberapa hari ini saya tidak boleh tidur dan hilang selera makan kerana memikirkan perkara ini. Sabar ya, kita semua akan selalu sayang dan sokong kamu berdua walau apa pun yang terjadi. Kamu berdua tetap di hati kami semua...Love you," kata peminat setia Ariel-Luna, Dinie Bahtiar, kepada detikhot.com kelmarin.

Mereka benar-benar berharap masalah yang dihadapi oleh pasangan tersebut segera diselesaikan. Para pengikut Arlunerz juga mengaku akan tetap meminati Luna dan Ariel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan