Kompilasi Sawancara Din Beramboi & Aznil Dilancar

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Majlis pelancaran album Sawancara Aznil & Din Beramboi di Astro, Kuala Lumpur, semalam. - Foto UTUSAN
Majlis pelancaran album Sawancara Aznil & Din Beramboi di Astro, Kuala Lumpur, semalam. - Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Album >Sawancara dilancarkan hari ini bagi memperingati hasil kreatif terbaik Allahyarham Din Beramboi ketika mengemudi rancangan Riuh Pagi Era bersama Aznil Haji Nawawi.

Album yang memuatkan 30 episod gurau senda dan lawak jenaka kedua selebriti tersebut dengan pendengar merupakan pilihan terbaik daripada lebih seratus episod Sawancara yang telah ke udara sejak mereka digandingkan pada 5 Januari 2009.

Dalam pada itu, sebahagian daripada hasil penjualan album tersebut akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim selaku pengedar album tersebut memberitahu ia akan dikeluarkan dalam bentuk cekera padat dengan dua pakej iaitu pakej standard yang terkandung sebanyak 30 buah episod dan pakej bajet sebanyak 15 buah episod.

"Album ini mempunyai dua pakej yang masing-masing berharga RM19.90 dan RM9.90 yang mana kita memberi peluang kepada semua golongan untuk mendapatkannya mengikut kemampuan mereka.

"Saya pasti album ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan peminat Allahyarham pasti akan mengabadikannya sebagai kenangan.

"Selain itu juga tujuan penerbitan album ini adalah bagi memberi sedikit sumbangan untuk keluarga Allahyarham," jelasnya yang menyasarkan album tersebut akan terjual melebihi lima hingga sepuluh ribu.

Sementara itu, Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil menyifatkan kenangan bersama Allahyarham Din Beramboi yang diabadikan dalam album tersebut sangat istimewa.

"Pelbagai pengalaman manis, indah dan pahit bersama arwah yang sehingga sekarang tidak dapat saya lupakan. Arwah boleh bertukar watak dengan mudah dari mak andam, bidan kampung, pembantu rumah dan sebagainya.

"Selalunya saya yang bagi idea tersebut dan Din akan menjadikannya sangat lucu sehingga membuatkan saya tidak berhenti ketawa," ujarnya.

Tambah Aznil, sukar baginya untuk meneruskan program tersebut dengan mana-mana pelawak atau pengganti Allahyarham kerana tiada yang lebih layak menggantikan tempat rakan baiknya itu.

"Jika ada perancangan untuk meneruskan program ini saya mungkin akan fikirkannya lebih dari 10 kali kerana bagi saya Din telah melakukannya dengan baik dan sukar untuk digantikan dengan orang lain.

"Nadi Sawancara hanya pada Din Beramboi dan dia telah membawa nadi tersebut pergi bersamanya," kata Aznil.

Album Sawancara boleh didapati di kedai-kedai cekera padatt seluruh negara.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan