Kes Permohonan Nikah Bung-Zizie Ditangguh

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin (kiri) dan isteri Zizie Ezette ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pada 8 Jun lalu. Mahkamah memutuskan hari ini permohonan Datuk Bung Moktar dan isterinya supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan tetapi ia ditangguhkan. - Foto BERNAMA
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin (kiri) dan isteri Zizie Ezette ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pada 8 Jun lalu. Mahkamah memutuskan hari ini permohonan Datuk Bung Moktar dan isterinya supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan tetapi ia ditangguhkan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang sepatutnya membuat keputusan hari ini mengenai permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan tidak dapat berbuat demikian kerana kes itu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Permohonan tersebut adalah selari dengan seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Kelmarin, mahkamah menetapkan pada hari ini untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen itu dengan Zizie yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu.

Hakim Kanan Syarie Mohd Abdul Radzi Abd Latif menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mendengar keterangan pasangan itu, termasuk adik beradik Zizie iaitu Datuk Ahmad Shahazami,48, yang menjadi walinya, dan saksi perkahwinan masing-masing Samzy Fuzette, 34, dan Shaheizy Sam, 28.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap anggota parlimen itu kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Ekoran itu, Bung Mokhtar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara mendengar permohonan rayuan.

Selain itu, beliau juga didenda RM1,000 atau sebulan penjara kerana kesalahan bersubahat dengan Zizie Izette yang berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Manakala Zizie Izette dikenakan denda RM1,000 kerana kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan jika gagal membayar denda boleh dipenjara sebulan.

Beliau juga dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara kerana kesalahan bersubahat poligami dengan suaminya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan