Konsert Wall’s Cornetto Ditangguh

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love telah ditangguh ke 3 Julai ini.

Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun ini terpaksa ditunda ekoran sambutan luar dugaan yang diterima daripada peminat aiskrim.

Konsert yang dijayakan oleh Akim, Shila, Dafi, Mila dan Aizat itu akan diadakan di atas bumbung Plaza Bukit Bintang pada 3 Julai akan datang mulai 7.30 malam.

“Kami terkejut tetapi teruja dengan sambutan dan sokongan memberangsangkan yang diterima. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh dan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan tiket konsert.

“Sebagai jenama yang sinonim dengan perasaan cinta dan persahabatan, kami berharap penangguhan ini akan membolehkan lebih ramai orang meraikan perasaan itu,” kata Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Joseph Tan.

Konsert itu menggunakan daya tarikan muzik untuk menggalakkan orang ramai menyemai dan menghidupkan bibit persahabatan yang boleh membawa semangat yang positif. Konsert dua jam itu membawakan aneka rentak muzik seperti muzik indie, pop, R&B dan slow rock.

Tiket untuk konsert itu boleh didapati di semua kedai 7-Eleven serta stesen Petronas dan Shell.

Pemegang tiket untuk konsert 19 Jun boleh menggunakan tiket mereka untuk menyaksikan konsert pada 3 Julai ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan