Kim Kardashian Ganti Angelina Jolie dalam 'Tomb Raider'?

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Hollywood Angelina Jolie khabarnya mahu bersara dari melakonkan watak Lara Croft menerusi filem Tomb Raider.

Sebagai ganti, aktres Kim Kardashian (gambar) disebut-sebut akan menggalas watak itu.

Menurut Showbiz Spy, ketika ini Kim sedang berbincang untuk menjadi Lara Croft.

"Ini akan menjadi sesuatu yang berbeza. Kim akan melakonkan watak Lara Croft versi komik yang akan dihasilkan dalam bentuk 3D," kata sumber tersebut kelmarin.

Tambah sumber itu, ia merupakan kali pertama Kim beraksi dalam Tomb Raider lebih-lebih lagi aksinya digarap dengan teknologi 3D.

Pada Disember 2009 lalu, Kim sangat teruja untuk berlakon dalam filem itu kerana dia mahukan watak yang berbeza berbanding yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Tomb Raider telah ditayangkan dalam dua siri iaitu Lara Croft: Tomb Raider dan Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life di mana kedua-dua siri tersebut mendapat sambutan yang luar biasa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan