Akim Dedah Kekasih Hati Bukan Stacy

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akim membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil pada awal tahun ini. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
Akim membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil pada awal tahun ini. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

KETIKA orang sedang berteka-teki mengenai status hubungan Akim (Akademi Fantasia Ketujuh), penyanyi itu membuat pengakuan kekasihnya sebenar adalah seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi swasta (IPTS).

Akim yang dihubungi mStar Online mendedahkan Stacy yang sebelum ini dikaitkan sebagai kekasihnya adalah satu gosip semata-mata.

Kata Akim, dia sekarang bahagia dengan pelajar IPTS tersebut yang mana hubungan mereka telah terjalin kira-kira setahun lalu.

“Saya sudah ada teman wanita tetapi dia bukanlah Stacy seperti yang digembar-gemburkan,” katanya.

Ujar Akim, buat masa ini dia belum bersedia untuk mendedahkan identiti teman wanitanya itu kerana bimbang ia akan mengganggu pembelajaran gadis berkenaan.

“Apa-apa pun yang boleh saya sahkan, diri saya tidak lagi “single” kerana saya sudah ada buah hati tetapi bukan di kalangan artis,” jelas Akim sambil menjelaskan perkenalan mereka sebenarnya adalah secara tidak sengaja.

Ditanya kenapa selama ini dia sering dikaitkan bercinta dengan Stacy, kata Akim hubungan mereka yang rapat membuatkan timbulnya gosip tersebut.

Malah katanya ketika bersahabat baik dengan Mila pun, timbul desas-desus kononnya mereka bercinta.

"Mungkin saya terlalu rapat dengan Stacy. Jadi mereka kata saya bercinta dengan dia. Malah saya juga pernah digosipkan bercinta dengan Mila semasa berkawan rapat denganya.

"Bagaimanapun saya pula tidak digosipkan bercinta dengan Aril yang memang rapat dengan saya. Terus-terang saya katakan saya lebih fokus kepada kerjayanya sekarang," katanya.

Mengulas tentang calon pilihan hatinya itu, Akim berkongsi pendapat bahawa gadis berkenaan tidaklah secantik bak bidadari.

"Ini kerana saya takut dia kena usik jika terlalu cantik.. Saya rasa tak selamat nanti. Cukuplah calon kekasih saya itu berbudi bahasa dan mempunyai perasaan cinta dan sayang kepada keluarga. Dia tidak semestinya artis," katanya sambil berteka-teki tentang identiti gadis idamannya.

Mengenai lagu Janji ia dicipta dan lirik ditulis oleh Akim sendiri. Lagu berkenaan secara versi penuh bakal dilancarkan pada Julai nanti.

Menurut Akim, respons peminatnya terhadap lagu itu selepas ia dimasukkan melalui laman sembang Facebook amat memberangsangkan.

Tambahnya, rakan-rakannya seperti Aril, Hafiz dan Stacy telah memberikan maklum balas dan menyifatkan lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Sementara itu, Akim meminta para peminat supaya menyokong lagunya diputarkan di corong radio pada Julai ini selepas dilancarkan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan