Wham Rai Anak-Anak Yatim

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor menyampaikan sumbangan kain baju raya kepada anak-anak yatim. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
Datuk Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor menyampaikan sumbangan kain baju raya kepada anak-anak yatim. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

SERAMAI 92 anak yatim diraikan dalam majlis Sepetang Menjalin Kasih - Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) bersama Anak-anak Yatim, yang bertempat di dewan utama Restoran Rebung, Bangsar, semalam.

Majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor yang juga menyampaikan sumbangan kain baju raya bersama Presiden Wham, Fauziah Rauf.

Program yang dianjurkan Wham ini telah menjadi keutamaan menjelang Ramadan dan Syawal setiap tahun dan telah mendapat sokongan dan tajaan daripada Ketua Umno Bahagian Cheras merangkap Penaung Wham, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee.

Sementara itu, Fauziah Raof memberitahu, sumbangan awal yang diberikan kali ini membolehkan anak-anak yatim mempunyai masa untuk menjahit pakaian hari raya masing-masing.

"Dengan memberikan kain kepada anak-anak yatim pada hari ini, ia memudahkan mereka menyediakan pakaian hari raya lebih awal," ujarnya.

Tambah Fauziah, aktiviti kebajikan ini merupakan tanggungjawab sosial Wham dalam usaha meraikan anak-anak yatim serta pertubuhan berkaitan menyambut keriangan Hari Raya setiap tahun.

"Selain itu, majlis ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara ahli-ahli Wham mahupun bersama kalangan artis," jelasnya.

Di akhir majlis, anak-anak yatim dan tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan nyanyian artis jemputan seperti Rohana Jalil dan Datuk Salwa Abdul Rahman.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan