Whack It! Program Terbaru 8TV

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyampai radio Fly.FM Prem Shankar diberi tanggungjawab menjadi hos rancangan ini bergandingan dengan pelakon dan pengacara Julie Woon (kanan). - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON
Penyampai radio Fly.FM Prem Shankar diberi tanggungjawab menjadi hos rancangan ini bergandingan dengan pelakon dan pengacara Julie Woon (kanan). - Foto THE STAR Oleh LOW LAY PHON

APA yang bakal terjadi sekiranya anda mengumpulkan sekumpulan gadis-gadis cantik untuk bermain dalam satu gameshow yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah menguji ketajaman minda masing-masing?

Buat julung-julung kalinya anda bakal menyaksikan gadis-gadis cantik akan menempuh halangan yang dasyat! Segalanya di dalam program gameshow terbaru 8TV - WHACK IT!

Setiap minggu enam orang gadis cantik akan digandingkan bersama dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Seorang gadis dari setiap kumpulan akan dikurung di dalam Whack Chamber sementara dua orang ahli yang lain perlu menjawab soalan yang dikemukakan.

Sekiranya mereka memberikan jawapan yang kurang tepat, rakan mereka yang berada di dalam Whack Chamber akan menerima hukuman dari Whack Boys.

Siapa Whack Boys? Tugas mereka cukup mudah kerana mereka hanya perlu memastikan hukuman yang dikenakan kepada gadis-gadis cantik itu dilakukan tanpa belas kasihan!

Terdapat beberapa permainan di dalam WHACK IT!. Antaranya Eat It, Touch It, Grab Em, Balls, Shoot It dan Wrestle. Namun hanya tiga jenis permainan yang akan diketengahkan pada setiap minggu.

Segmen Eat It memerlukan kesemua peserta memakan lima jenis hidangan yang agak memualkan. Setiap jenis makanan mempunyai markah yang berbeza dan mereka boleh memilih untuk memakan mana-mana jenis makanan dalam masa yang ditetapkan. Kumpulan yang kalah akan menerima hukuman di Whack Chamber.

Dalam segmen Touch It mata peserta akan ditutup dan mereka perlu perlu menyentuh benda yang disediakan antaranya lipas, katak, cacing, kari dan banyak lagi! Mereka perlu memberikan jawapan yang tepat untuk mengelakkan rakan mereka menerima hukuman di Whack Chamber.

Segmen Grab Em, Balls, Shoot It dan Wrestle juga tidak kurang hebatnya. Anda pasti terhibur melihat telatah dan aksi peserta-peserta semua!

Pasukan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan ke pusingan final ‘Dig It’ dan berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM5,000!

Peserta akan diberi masa 10 saat untuk mencari wang di dalam mangkuk yang dipenuhi cacing, lipas, katak dan lain-lain binatang yang agak menjijikkan.

Kesemua jumlah wang yang terkumpul merupakan hadiah yang akan dibawa pulang oleh peserta.

“WHACK IT! bakal menampilkan barisan wanita cantik dari selebriti, personaliti TV dan radio, ratu cantik dan model dari FHM… sekarang anda tahu kenapa anda perlu menonton program ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Penyampai radio Fly.FM Prem Shankar diberi tanggungjawab menjadi hos rancangan ini bergandingan dengan pelakon dan pengacara Julie Woon.

Gandingan kedua-dua mereka kelihatan cukup serasi dan perangai ‘gila-gila’ mereka pasti membuat anda tidak kering gusi.

WHACK IT! akan menemui penonton setiap Jumaat, 9.30 malam bermula 4 Jun 2010. Jangan ketinggalan untuk menonton gameshow terbaru di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro. Tontoni program-program 8TV kegemaran anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda atau kunjungi lama sesawang 8TV di www.8tv.com.my.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan