Kehamilan Isteri Satu Keajaiban - Travolta

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

John Travolta dan isteri Kelly Preston hadir ke tayangan perdana filem The Last Song di Hollywood, California pada 25 Mac 2010. - Foto AFP
John Travolta dan isteri Kelly Preston hadir ke tayangan perdana filem The Last Song di Hollywood, California pada 25 Mac 2010. - Foto AFP

AKTOR Hollywood, John Travolta menyifatkan kehamilan isterinya satu keajaiban dan bersyukur dengan rahmat Tuhan.

Bintang filem Pulp Fiction itu mempunyai seorang anak perempuan, Ella, 10, hasil perkongsian hidup dengan isteri, Kelly Preston yang juga aktres.

Travolta mendedahkan isterinya hanya hamil selepas beberapa tahun dan berterima kasih dengan pihak yang mendoakan mereka.

Travolta, 56, dan Preston, 47, kehilangan anak lelaki mereka, Jett, 16 pada Januari, 2009.

Anaknya mati selepas serangan penyakit yang tiba-tiba semasa percutian keluarga ke Bahamas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan