Jersi 9 Sempena Piala Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eira Syazira dan Fizo Omar memegang watak Hana dan Mokhtar yang saling bercinta dalam drama bersiri Jersi 9. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG
Eira Syazira dan Fizo Omar memegang watak Hana dan Mokhtar yang saling bercinta dalam drama bersiri Jersi 9. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Seiring dengan demam bola Piala Dunia 2010, banyak stesen televisyen dan radio menyediakan pelbagai sajian menarik untuk penonton dan pendengar masing-masing.

TV9 tidak ketinggalan menghidangkan drama bola sepak khusus untuk penonton meminati suka itu dengan menyiarkan Jersi 9.

Drama terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. itu bakal bersiaran menerusi TV9 pada setiap Ahad, pada pukul 10 malam, mulai 6 Jun ini.

Jersi 9 mengisahkan tentang Mokhtar (Fizo Omar), seorang remaja di kampung yang bercita-cita besar untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional kelak.

Setiap hari, Mokhtar akan meluangkan masanya untuk membantu bapanya di kebun dan di situlah jugalah dia akan berlatih bermain bola sepak seorang diri.

Sementara itu, Hana (Eira Syazira) merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti terkemuka di pusat bandar.

Dia sedang menyiapkan projek tesisnya iaitu “Pencarian Jersi 9”. Projek ini memerlukannya menjejaki setiap pemain untuk menubuhkan satu kumpulan bola sepak remaja.

Drama bersiri sebanyak 13 episod ini turut mengupas masalah percintaan antara Hana dan Mokhtar.

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, cabaran paling besar menjayakan drama itu adalah mencari pelakon yang mahir bermain bola sepak.

“Antara cabarannya adalah mencari lelaki kacak dan pandai bermain bola. Akhirnya, kami jumpa Fizo Omar yang merupakan bekas pemain pasukan negeri dan kebangsaan.

“Kebetulan Faizal Yusuf yang pernah mewakili pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Farish Aziz memang pandai main bola.

“Selepas itu, kami kena mencari pengarah yang dapat menggabungkan skil, drama, elemen lain seperti sedih dan marah,” katanya pada sidang media pelancaran Jersi 9 di Restoran dan Kafe Bora Ombak di Ampang, Selangor, 1 Jun lalu.

Rohana memberitahu, para penonton drama bersiri 13 episod dapat mempelajari pelbagai aksi dan tips untuk mengasah bakat dalam dunia bola sepak.

Katanya, ini kerana pemain kebangsaan seperti Dollah Salleh, Anuar Abu Bakar, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain dan Myhan Rossihan turut membintanginya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Nafalia, Mohd Najib Jaafar berkata, sesi penggambaran telah dijalankan di Kuala Langat dan sekitar Lembah Kelang selama sebulan mulai 22 Mac lalu.

Katanya, penggambaran itu menggunakan sedikit elemen janaan imej berkomputer (CGI) bagi memperlihatkan Fizo menjaringkan gol melalui sepakan lencongnya.

“Bagaimanapun, rata-ratanya para pelakon mempamerkan skil bermain bola sepak di dalam drama ini,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan