Zizan Tidak Mahu Nampak Bodoh

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan akui agak memilih untuk membintangi drama atau filem. Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Zizan akui agak memilih untuk membintangi drama atau filem. Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

BUKAN mudah untuk membuat orang ketawa berbanding menangis, perkara tersebut diakui pelawak yang menduduki tempat kedua dalam pertandingan Raja Lawak musim pertama, Zizan.

Sebab itulah sebagai persediaan, Zizan akan membuat kajian terlebih dahulu setiap kali mendapat skrip agar lawak yang hendak ditampilkan tidak basi atau seperti lawak bodoh.

"Secara jujurnya, saya kira memilih juga. Saya mengkaji dahulu setiap skrip kerana saya mahu tampil dengan lawak yang menarik kerana kerjaya ini adalah punca rezeki saya,” katanya.

Menurut Zizan, dia juga sering bertanya adakah lawak yang dia lakukan selama ini disuki penonton atau tidak?

“Teringatkan kata-kata abang Adlin ketika di pentas Raja Lawak, kalau kita berada di pentas, adakah kita mahu orang cakap kita bodoh? Sebab itu saya sentiasa kaji lawak tu, best atau tidak," jelasnya.

Dalam pada itu, Zizan turut berdebar menantikan reaksi penonton terhadap filem terbarunya Kapoww. Dalam pada itu, Zizan turut berdebar menantikan reaksi penonton terhadap filem pertama tersebut kerana bimbang masyarakat tidak boleh menerima cerita fiksyen seperti itu.

Ketika ditanya tentang kelebihan dirinya berbanding pelawak-pelawak lain, Zizan memberitahu setiap pelawak perlu ada identiti tersendiri bagi mengekalkan nama mereka.

"Pada saya pelawak perlu mencari identiti mereka, saya cari jalan saya sendiri ke arah mana lawak saya. Dalam filem Kapoww, saya banyak berbincang dengan pengarah Azizi Chung dan abang Afdlin Shauki untuk minta nasihat mereka," katanya.

Dalam filem ini Zizan memegang watak sebagai budak kampung bernama Atoi yang sentiasa bernasib malang dan bercita-cita menjadi superhero.

Atoi akhirnya mendapat kuasa Superhero dan membantu masyarakat, namun selepas berhijrah ke bandar, Atoi mula dikenali dan popular sehingga lupa daratan.

Dia juga telah menimbulkan rasa cemburu kepada Superhero yang lain yang akhirnya berniat untuk menjatuhkannya. Dia yang lupa kepada ibu dan rakannya akhirnya diserang oleh kuasa jahat lain yang sudah lama berdendam dengannya.

Kuasa jahat Alakazambo hampir-hampir merampas kuasanya tetapi selepas dia sedar dengan kesilapannya selama ini, dia akhirnya berjaya menewaskan kuasa jahat itu.

Zizan yang ditanya tentang kepuasannya berlakon dalam filem tersebut mengakui banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

"Banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Saya sentiasa menganggap ini sebagai proses pembelajaran untuk jadi tlebih baik.

"Jika di set penggambaran, saya banyak belajar daripada Azizi, Afdlin dan Lisa." jelasnya yang bakal memulakan penggambaran filem kedua pada Ogos bersama Azizi.

Filem grafik komik, Kapoww arahan Azizi 'Chunk' ini bakal ditayangkan pada 17 Jun di 40 pawagam seluruh Malaysia dengan durasi selama 110 minit.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan