Lady Gaga Anggap Wajahnya Milik Madonna Ketika Tua

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga bergaya pada satu sesi fotografi semasa Majlis Anugerah Platinum di Berlin, Germany, pada 11 Mei 2010. - Foto AP
Lady Gaga bergaya pada satu sesi fotografi semasa Majlis Anugerah Platinum di Berlin, Germany, pada 11 Mei 2010. - Foto AP

PENYANYI Lady Gaga percaya wajahnya mungkin mirip wajah diva pop Madonna apabila tua nanti kerana ibunya kelihatan seakan-akan bintang handalan itu.

Penyanyi lagu The Poker Face itu membuat perbandingan dengan Ratu Pop tersebut berdasarkan wajah daripada prestasi.

"Kami dibandingkan sesama sendiri sama ada kami berambut perang muda, hitam, lurus dan gembira.

"Bagaimanapun, dari perspektif lain, adalah agak melucukan kerana ibu saya sebenarnya kelihatan seperti Madonna," katanya.

Lady Gaga memberitahu, dia kelihatan mirip wajah ibunya seiring dengan peningkatan usianya.

"Oleh itu, kadang-kala saya ingin berkata, ia bukanlah kesalahan saya sekiranya saya mirip Madonna," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan