Irma Hasmie Jawab "Kikis" Duit Nabil

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Irma Hasmie dilantik sebagai rakan AsterSpring. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Irma Hasmie dilantik sebagai rakan AsterSpring. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

PELAKON Irma Hasmie menolak tuduhan dan dakwaan pihak-pihak tertentu selama ini dia telah “mengikis” duit kekasihnya Nabil selain bergantung harap kepada pelawak itu untuk popular.

Kata Irma, tuduhan itu mungkin datang daripada mereka yang cemburu melihat keintiman hubungannya dengan Nabil yang telah terjalin kira-kira dua tahun lalu.

“Saya seorang yang suka berdikari. Kalau saya sukakan sesuatu, saya akan cuba memperoleh sesuatu perkara. Kalau tak mampu, saya takkan ambil. Saya juga lebih suka bersederhana,” katanya sewaktu ditemui pada majlis memperkenalkan rakan AsterSpring di Suria KLCC kelmarin.

Menurut pelakon itu, walaupun mengakui Nabil agak mewah dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi dia tidak pernah sesekali mahu menumpang Nabil.

Ditanya sejauh manakah hubungan mereka, pelakon cantik manis itu tidak menafikan dia dan Nabil ada merancang perkara itu tetapi setakat ini masih belum ada keputusannya lagi.

Ini kerana kedua-dua mereka agak sibuk dengan kerjaya masing-masing dan juga waktu untuk mereka berjumpa juga agak terhad.

“Saya dan Nabil masih berhubung seperti biasa cuma masa untuk selalu berjumpa agak terbatas kerana dia lebih sibuk daripada saya.

“Segala dugaan dilalui bersama-sama. Kadangkala, dia juga suka menyakat saya sehingga saya marah dan menangis. Insya-Allah, jika tiada aral, kami akan bertunang apabila sudah menetapkan untuk berkahwin,” ujarnya.

Bercerita mengenai kecantikan Irma juga merupakan penggemar alat solek Averine serta rangkaian rawatan kulit dan terapi rawatan badan terkini yang ditawarkan di AsterSpring.

Irma berkata dia menggunakan produk Averine sejak bulan Mei lalu dan mengikat kontrak dengan AsterSpring selama setahun. Setelah menggunakan produk itu, Irma akui selesa dengan kosmetik itu.

“Saya rasa kulit saya nampak semula jadi setelah di solek kerana menggunakan bahan-bahan berasaskan mineral. Warna mekapnya juga tidak terlalu terang,” beritahu pelakon drama rantaian Aliff Firdaus itu.

Dalam perkembangan lain, Irma juga bakal muncul dengan tiga telefilem untuk Hari Raya termasuk Ngompol dan Ibu Mee Segera.

Tidak dinafikan, sejak akhir-akhir ini dia sering ditawarkan cerita komedi. Bagaimanapun, dia selesa dengan genre tersebut.

“Saya kerap kali ditawar berlakon cerita komedi. Mungkin sebab berjangkit dengan Nabil. Tetapi bagi saya, komedi lebih relaks berbanding drama berat yang lebih memeningkan kepala.

“Pengarah banyak membantu saya berlakon cerita komedi. Lebih membantu apabila kita mendapat gandingan pelakon yang best. Dari situ, idea akan sampai mencurah-curah,” ceritanya yang turut terlibat dengan filem indie Sesuatu Yang Tertinggal yang menjalani penggambaran pada tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan