Noe 'Letto' Jadi Tukang Cat

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VOKALIS Letto, Sabrang Mowo Damar Panuluh atau lebih dikenali dengan nama Noe (gambar), buat pertama kalinya akan menerbitkan filem, Minggu Pagi di Victoria Park. Dalam filem sulungnya itu, Noe turut berlakon sebagai tukang cat.

"Saya berlakon bersama-sama setelah dipaksa oleh kawan-kawan dan merasakan adegan mengecat itu tidak akan merosakkan filem ini," ujarnya kepada detikhot.com

Dalam filem yang diarahkan oleh Lola Amaria itu, Noe hanya muncul seketika. Dia menjadi orang yang mengecat rumah keluarga Sekar lakonan Titi Sjuman. Sekar merupakan watak utama dalam filem yang mengisahkan tentang kehidupan Tenaga Kerja Wanita (TKW) tersebut.

Ketika nekad untuk menjadi produser filem, Noe mahu karya yang dibuatnya menjadi sebuah filem yang 'berzat'.

"Saya ambil analogi dari makanan, susah itu enak di lidah, berzat itu di tubuh. Saya mahukan filem ini tidak hanya enak ditonton tetapi boleh masuk ke dalam fikiran dan hati," jelas anak lelaki kepada Emha Ainun Nadjib itu.

Meski menjadi penerbit Minggu Pagi di Victoria Park, Noe tetap tidak mahu bandnya muncul dalam filemnya itu. Dalam salah satu adegan misalnya, poster Kangen Band yang menjadi pilihannya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan