Konsert Usher Di Bukit Jalil 7 Julai

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi R&B popular, Usher (gambar) akan tiba ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya dalam satu konsert istimewa yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 7 Julai ini.

Konsert yang dianjurkan oleh Galaxy Group itu akan menyaksikan persembahan hebat Usher sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi sehingga membolehkan dia memenangi lima anugerah Grammy.

Penyanyi berusia 31 tahun yang popular dengan genre muzik modern R&B itu amat dikenali dengan lagu-lagu popularnya seperti Nice&Slow, You Make Me Wanna, U Remind Me, U Don’t Have to Call dan Yeah! And Burn.

Album-albumnya selama ini terjual berjuta-juta unit seluruh dunia.

Album keempatnya iaitu Confessions telah terjual melebihi 10 juta unit di Amerika Syarikat dan melebihi 20 juta unit seluruh dunia. Ia menggambarkan betapa Usher diletakkan sebagai artis antarabangsa yang hebat.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan penyanyi itu telah dijual dengan harga serendah RM98 sehinggalah RM488.

Untuk mendapatkan tiket berkenaan bolehlah menghubungi hotline Galaxy di talian: 03-22822020 atau di Ticket Axcess menerusi nombor telefon 03-77115000.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan