"Malaysian Snow" - Mansur Puteh Naik Angin

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Mansur Puteh naik angin apabila hasratnya untuk menerbitkan filem Malaysian Snow dihalang oleh pihak tertentu walhal dakwanya filem berkenaan mempunyai asas dan tujuan yang baik.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada Mstar Online, Mansur mempersoalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Bank SME kerana tidak mahu menyokong penerbitan filem itu.

Malah kata Mansur, ada pihak pula yang mahu menyamannya sekiranya dia meneruskan hasrat tersebut.

“Kenapa usaha baik saya itu tidak mendapat sokongan sebaliknya ada pihak mahu mengambil tindakan kepada saya di mahkamah?” soalnya.

Filem Malaysian Snow adalah sebuah penghargaan Mansur kepada mereka yang telah belajar di Universiti Nottingham khususnya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Filem itu tidak dapat diterbitkan sebelum ini kerana Mansur mempunyai masalah kewangan.

Ia dihasilkan ketika penerbit filem itu membuat tesis ketika belajar di Universiti Columbia, New York dalam jurusan Master of Fine Arts in Film Directing pada tahun 1978.

Kata Mansur, filem tersebut adalah filem Melayu pertama yang melakukan penggambaran hampir 80 peratus di Nottingham, England.

“Saya telah ke Nottingham dua kali dalam bulan Julai tahun lalu dan Mac lepas untuk mencari lokasi dan mendapatkan sokongan dari pihak-pihak di sana. Pihak Universiti Nottingham serta Persatuan Malaysia di Nottingham amat menyokong hasrat tersebut.

“Yang saya mahu buktikan ialah filem ini lain dari yang lain dan mempunyai peluang untuk diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia serta di festival filem antarabangsa,” katanya. Sehubungan itu Mansur berharap Malaysian Snow dapat disiapkan pada akhir tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan