Kebahagiaan Celine Dion Hamil Bayi Kembar

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Celine ketika tayangan perdana filem
Wajah terbaru Celine ketika tayangan perdana filem "Celine: Through the Eyes of the World" di Miami Beach baru-baru ini.

PENYANYI Celine Dion yang kini sedang hamil bayi kembar mengatakan kebahagiaan dalam hidupnya bukanlah melalui trofi dan harta yang melimpah-ruah.

"Trofi dan wang tidak akan membawa apa-apa erti untuk kehidupan dan tidak akan memberi kita kebahagiaan sebenar," kata Céline Marie Claudette Dion atau dikenali dengan nama Celine Dion kepada Contacmusic semalam.

Penyanyi berusia 42 tahun itu pada Ahad lalu mengumumkan dia hamil bayi kembar. Dia telah memiliki anak lelaki yang kini berumur 9 tahun, Rene Charles. Celine menganggap kehamilannya merupakan sesuatu yang hebat.

"Bayilah yang memberi kebahagiaan sejati. Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna daripada menjadi ibu," ujar Celine.

Isteri kepada Rene Angelil itu kini berusaha keras untuk menjaga kandungannya agar berada dalam baik. Bayi itu memang sudah lama dinantikan Celine. Dia telah banyak kali berusaha sejak setahun lebih untuk hamil kembali.

Demi bayinya itu, penyanyi My Heart Will Go On itu rela untuk berehat di tempat tidur dan tidak melakukan apapun aktiviti lain.

"Jika saya harus berada di tempat tidur, saya sanggup berada di tempat tidur hingga November, sehingga bayi ini lahir," ujarnya.

Celine mengaku tertekan dan penat dengan kehamilan tersebut. Tapi dia akan menghadapi dan melaluinya dengan santai saja.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan