Hadiah Istimewa Ifa Raziah Sebelum Kematian Ibu

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEHILANGAN ibu yang tersayang adalah satu kenyataan yang amat perit untuk diterima bagi sesiapa pun di dunia ini. Apatah lagi, jika seseorang anak itu tidak sempat untuk melihat ibunya ketika menghembuskan nafas terakhir.

Dugaan yang sama turut dihadapi oleh penyanyi dan pelakon Ifa Raziah, 35, kerana tidak sempat untuk berada di sisi arwah ibunya Maimunah Ahmad, 56, yang pulang ke rahmatullah semalam.

Semasa peristiwa sedih itu, Ifa sibuk di lokasi penggambaran.

Dalam kesedihan, pelakon drama Rahsia Hati itu sudi berkongsi cerita dia sebenarnya berjaya menggembirakan hati ibunnya sebelum Allahyarham menutup mata buat selama-lamanya.

Menurut Ifa, sekali pun tidak sempat untuk berada di sisi ibunya di saat-saat akhir namun dia berpuas hati kerana sempat menghadiahkan arwah sebentuk cincin berlian bersempena sambutan Hari Ibu pada 9 Mei lalu.

"Walaupun tidak sempat untuk berada di sisi emak, tapi saya sangat lega dan puas hati kerana sempat membahagiakannya ketika dia hidup. Malah, saya juga sempat buat ibu tersenyum apabila dapat menghadiahkan sebentuk cincin berlian sempena sambutan Hari Ibu, bulan lalu.

"Arwah sangat suka dengan cincin itu dan sempat jugalah dia pakai cincin itu beberapa hari sebelum dia dimasukkan ke hospital," katanya dalam nada teresak-esak.

Bercerita lanjut, Ifa berkata, selain hadiah cincin yang begitu bermakna itu Allahyarham juga beriya-iya mahu mengikutnya menjalani penggambaran di Kodiang, Kedah yang secara kebetulan berhampiran dengan kampung halaman mereka.

Ujar Ifa, rumah keluarga mereka di Kodiang sedang dalam proses ubahsuai dan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur bersamanya sudah tidak sabar untuk melihat rumah baru itu.

Memandangkan lokasi penggambaran tidak begitu jauh dengan kampungnya, maka Ifa turutkan juga hasrat arwah dengan membawanya pulang ke Kedah.

"Ketika saya hendak pergi ke Kedah untuk menjalani penggambaran drama Kodiang Ke Kuala Lumpur, arwah beriya-iya benar mahu mengikut saya. Dia tidak sabar hendak melihat rumah baru kami itu.

"Pada mulanya, saya agak keberatan juga kerana saya ke Kedah atas urusan kerja, bukannya untuk pulang ke kampung. Tambahan pula, rumah baru kami itu pun belum siap sepenuhnya.

"Memandangkan arwah beriya-iya benar hendak ikut, saya dan suami pun turutkan juga. Sempatlah juga arwah tidur di rumah itu dua malam sebelum dia dimasukkan ke Hospital Kangar," katanya.

Ibu Ifa meninggal dunia kira-kira pada pukul 7 malam semalam di Hospital Kangar, Perlis kerana komplikasi penyakit buah pinggang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halaman mereka di Felda Guar Napai, Kodiang pada 12 tengah hari ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan