Berkongsi pengalaman dalam Diariku...Shahir

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEJAYAAN Shahir sehingga terpilih sebagai juara dalam rancangan Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) mendorong pihak Astro menerusi saluran Ria (saluran 104) menerbitkan sebuah rancangan dikenali sebagai Diariku… Shahir.

Rancangan yang akan bersiaran selama 30 minit itu akan menemui penonton setiap hari Ahad bermula 6 Jun ini, pukul 10 malam.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, rancangan tersebut akan memberi fokus kepada perjalanan Shahir selepas kemenangannya di dalam program realiti itu.

“Rancanga ini diterbitkan sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga terhadap para peminat Shahir yang telah memberi sokongan padu sehingga membawa kepada kemenangannya terutama sekali semasa proses rakaman singlenya.

"Pelbagai gelagat dapat dilihat terutamanya mengenai semangat dan kesungguhannya untuk bergelar seorang artis,” kata Azlin.

Diariku…Shahir juga akan membawa penonton melihat Shahir dibimbing oleh individu yang berpengalaman apabila berada di dalam dunia hiburan pada setiap episod.

Antaranya bagaimana dia berhadapan dengan peminat, temubual dengan media, pengurusan masa, penampilan dan fesyen, keupayaan untuk berbicara dengan khalayak, promosi album dan tarian dalam persembahan.

Bukan itu sahaja, Diariku…Shahir juga bakal melihat Shahir mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dicuba sebelum dia menceburi dunia hiburan seperti menerbangkan pesawat ringan.

Para peminat Shahir juga berpeluang untuk melihat Shahir mencipta sebuah lagu istimewa yang memberi makna istiemwa dalam hidupnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan