Penggiat Muzik Tradisional Melayu, Rahim Jantan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rahim Jantan bermain violin semasa Pesta Dondang Sayang pada 2007. - Foto THE STAR Oleh A. MALEX YAHYA
Rahim Jantan bermain violin semasa Pesta Dondang Sayang pada 2007. - Foto THE STAR Oleh A. MALEX YAHYA

KUALA LUMPUR: Penggiat muzik tradisional Melayu, Rahim Jantan meninggal dunia di kediamannya di Taman Rasmi Jaya, Ampang lewat malam tadi berikutan serangan jantung.

Allahyarham berusia 63 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Nur Adhlina, 25, berkata bapanya meninggal dunia kira-kira 11.30 malam sejurus selepas terjaga daripada tidur akibat sakit dada.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cheng di Melaka sebelum solat Zohor hari ini.

Allahyarham, yang juga tenaga pengajar sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Rahim, yang dilahirkan di Balai Panjang, Batu Tiga, Melaka, pernah menjuarai Bintang Lagu Melayu Asli Kebangsaan kawasan selatan pada 1969 dan menjadi juara kebangsaan Dendang Rakyat anjuran Radio Televisyen Malaysia pada 1980.

Berikutan penglibatan dan sumbangan meluas beliau dalam muzik tradisonal Melayu, Rahim dihargai dengan Anugerah Seni Negara (Pemuzik) pada 2006.

Allahyarham mula menghasilkan album pada 1969 dan pernah berduet dengan S.Roha, allahyarham Rosiah Chik, allahyarham Datin Rafeah Buang, allahyarham Kamariah Noor dan Datuk Yusni Hamid. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan