Lolly Bukan Seperti Isteri Saya - Fauzi

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati adalah pelakon utama telefilem Buih-buih Cinta 2.
Pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati adalah pelakon utama telefilem Buih-buih Cinta 2.

PASANGAN suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi sekali lagi dipilih oleh Johnson's baby Mandian Susu, dalam filem susulan, Buih-Buih Cinta 2 (BBC2) di bawah arahan pengarah, Osman Ali.

Filem romantik komedi ini bakal memaparkan kisah kehidupan sebenar segelintir masyarakat dan secara tidak langung membawa mesej Johnson Baby untuk menjadikan produk mereka sebagai medium pengerat kasih sayang dalam sesebuah keluarga tercapai.

Sambungan daripada telefilem Buih-Buih Cinta yang ditayangkan pada pertengahan tahun lalu, BBC2 lebih menghiburkan apabila Soraya lakonan Lisdawati sekali lagi mengambil keputusan untuk bertukar menjadi Lolly bagi mengetahui masalah rumahtangga yang mereka hadapi.

Lolly yang bertujuan mengintip gerak-geri suaminya mendapat kesulitan apabila Sidek lakonan Fauzi mengajak Soraya datang ke hotel yang sama.

Dua identiti ini sememangnya menghiburkan penonton apabila Lolly dan Soraya terpaksa bertukar cara silih berganti bagi mengelakkan identitinya diketahui Sidek.

Menurut Fauzi, telefilem kali ini berbeza dari yang sebelumnya, ia lebih menarik dan lebih mencabar. Banyak unsur-unsur kekeluargaan yang diterapkan dalam setiap babak.

"Selain watak-watak dikembangkan berbanding BBC, BBC2 lebih panjang dan menarik, kali ini juga banyak elemen kekeluargaan yang diterapkan.

"Memang tidak sukar untuk berlakon sebagai pasangan suami isteri romantik kerana kami memang sentiasa romantik, paling menarik adalah watak Lis sebagai Lolly yang membuatkan saya sendiri memang tidak kenal dia adalah isteri saya, Lisdawati," jelasnya.

Manakala bagi Lisdawati, dia mengakui telefilem kali ini lebih mencabar kerana memainkan dua watak berbeza personaliti dan begitu mencabar dirinya sebagai pelakon yang kebiasaan membawakan watak lemah lembut.

"Telefilem kali ini lebih mencabar kerana Lolly banyak memainkan peranan dalam BBC2 berbanding BBC. Walaupun lebih memenatkan tetapi saya enjoy dan puas hati dengan hasilnya.

"Watak Lolly dan Soraya sangat bebeza, saya perlu ambil mood untuk melakonkan kedua-dua watak tersebut dengan baik,"jelasnya.

Dalam pada itu, banyak pengalaman lucu dan manis sepanjang pengambaran yang dijalankan pada Mac lalu.

"Pengalaman paling indah apabila berpeluang mandi di dalam tub mandi yang diperbuat daripada buluh. Ia dibuat khas untuk telefilem ini.

"Selain itu watak Lolly yang agresif membuatkan saya hampir tercekik Dim Sum kerana makan dengan gelojoh," katanya sambil ketawa.

Drama komedi BBC2 bakal ditayangkan dalam enam episod dan dijadualkan disiarkan di saluran TV3, setiap selasa, pukul 5.30 petang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan